Wednesday, June 20, 2012

Habbatus sauda...

ari ni nak cerita pasal habbatus sauda...sekarang aku makan supplement yang natural2 je dan ke arah sunnah....selain minum air delima, makan kismis, kurma, minyak zaitun...sekarang ni nak cuba makan habbatus sauda pulak. tadi masa search info pasal habbatus sauda...terjumpa satu blog yang lengkap pasal habbatus sauda.

Apa Itu Habbatussauda


Tumbuhan herba, BLACK SEED dipercaya berasal dari daerah Mediterania namun dikembangbiakan di berbagai belahan dunia, termasuk Saudi, Afrika Utara, dan sebagian Asia.

Bentuknya kecil dan berserabut, berukuran tidak lebih dari 3 mm panjangnya, BLACK SEED merupakan tumbuhan bunga fennel biasa(Nigella Sativa) keluarga buttercup (Ranunculaceae).

Terkadang ada salah persepsi antara NIGELLA SATIVA dengan tumbuhan herbal fennel (Foeniculum vulgare). Ada dua macam tumbuhan ini, berwarna ungu kebiru-biruan atau putih. Pusat pertumbuhan bunga tersebut pada bagian cabang di semua tangkainya saat daunnya saling tumbuh berseberangan secara berpasangan. Daun di bagian bawah bentuknya kecil dan pendek, sedangkan bagian atas lebih panjang (6-10 cm). Batang bunga tersebut bisa mencapai ketinggian 12 sampai 18 inchi sehingga kebagian buahnya, BLACK SEED yang matang.

HABBATUS SAUDA dan Aneka Manfaat-nya


Rasulullah bersabda : “Tidak ada satupun penyakit melainkan di dalam habbatus sauda’ terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.” (HR. Muslim)



Dari `Aisyah radhiyallahu `anha, Rasulullah bersabda : ” Sesungguhnya Habbatus Sauda’ ini adalah obat dari segala penyakit, kecuali as-Saam”. Aku berkata (Perawi hadits ini, yakni Khalid bin Sa’ad): “apa itu as-Saam?” dijawab (yakni oleh Ibnu Abi Atiq): “Kematian”. (HR. Bukhari)

Rasulullah bersabda : “Tidak ada satupun penyakit melainkan di dalam habbatus sauda’ terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.” (HR. Muslim)

Dari `Aisyah radhiyallahu `anha, Rasulullah bersabda : ” Sesungguhnya Habbatus Sauda’ ini adalah obat dari segala penyakit, kecuali as-Saam”. Aku berkata (Perawi hadits ini, yakni Khalid bin Sa’ad): “apa itu as-Saam?” dijawab (yakni oleh Ibnu Abi Atiq): “Kematian”. (HR. Bukhari)

Nigella sativa itulah nama latinnya. Bentuknya berupa biji kecil-kecil berwarna hitam makanya orang arab menamakannya habbatus sauda yang berarti biji hitam. Biji yang kecil ini ternyata subhanallah mengandung berbagai zat yang sangat diperlukan oleh tubuh. Bahkan pada penelitian terakhir disebutkan kalau biji hitam ini mampu meningkatkan sistem imun tubuh, jadi bagi pengkonsumsinya akan jarang sakit.

Kandungan habbatus sauda :

Monosaccharide glukosa, xylosa, polysaccharide, asam lemak tak jenuh (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak bisa dihasilkan oleh badan kita oleh itu sumber utamanya ialah dari makanan. Juga ada asam amino yang membentuk protein, karotene yaitu sumber vitamin A, kalsium, zat besi, dsb.
Menurut beberapa hasil penelitian, Habbatus Sauda` memiliki khasiat –dengan izin Allah– :

1. Menguatkan imunitas system pada diri manusia.
2. Melawan & menghancurkan sel-sel kanker/tumor.
3. Mengobati reumatik, peradangan serta infeksi.
4. Menghentikan dan menyembuhkan penyakit pilek.
5. Jika digoreng & dibakar kemudian dicium terus-menerus dapat mengeliminasi gas (dalam) perut.
6. Membunuh cacing-cacing parasit jika dimakan sebelum makan pagi dan jika diletakkan di atas perut dari bagian luar sebagai aromaspa atau luluran.
7. Minyaknya bermanfaat untuk menyembuhkan gigitan ular, juga bengkak di dubur dan tahi lalat.
8. Menghilangkan sesak nafas & sejenis kesulitan nafas, melonggarkan penyumbatan akibat dahak.
9. Melancarkan haidh yang tersendat.
10. Jika dibalutkan, bermanfaat untuk menyembuhkan pusing yang parah.
11. Apabila dimasak dengan cuka bersama kayu pinus dan kemudian dibuat untuk berkumur, maka hal itu akan menghilangkan sakit gigi yang disebabkan sensitifitas terhadap dingin.
12. Jika diminum, biji ini akan melancarkan kencing, haidh dan ASI.
13. Menyembuhkan gigitan Laba-laba.
14. Bila dibakar, asapnya dapat mengusir serangga.
15. Menghilangkan sendawa asam yang berasal dari dahak dan melancholia (gangguan yang disebabkan kesedihan yang terus-menerus/depresi sehingga merusak bagian empedu).
16. Menghilangkan Kusta (lepra).
17. Menghilangkan demam Quartan (yakni demam yang menyerang manusia selama sehari kemudian mereda selama 2 hari kemudian menyerang lagi ketika hari ke-4).
18. Jika ditumbuk dan dibuat adonan dengan madu dan air hangat dapat menghancurkan batu yang muncul dalam ginjal dan kandung kemih serta sifat diuretic (memperlancar air seni).
19. Apabila digoreng dan dicium terus-menerus dan dicampur dengan cuka dapat menyembuhkan jerawat dan kudis serta menghilangkan peradangan yang lebih kronis dari jerawat (tumor).
20. Jika digoreng tanpa minyak dan ditumbuk serta dicampur dengan minyak zaitun kemudian diteteskan ke dalam hidung 3 tetes akan menyembuhkan gejala pilek yang disertai bersin-bersin.
21. Jika dibakar dan dicampur dengan lilin dan minyak inai/henna atau minyak bunga iris serta dibalurkan pada borok-borok/koreng yang keluar di betis setelah dibersihkan dengan cuka, maka akan dapat menghilangkannya.
22. Bermanfaat untuk menyembuhkan bekas gigitan anjing (Rabies) dan aman dari kematian akibat rabies.
23. Jika dihirup akan bermanfaat bagi hemiplegia (semiparalysis/lumpuh separuh).
24. Jika enzoat (celak persia) dicampur dengan air & dibalurkan ke lingkaran dubur (lobang dubur/anus) dan juga diminum dengan dosis sekitar 25 gr akan menyembuhkan Bawasir.
25. Jika disedot melalui hidung akan bermanfaat menghentikan air yang keluar pada mata.
26. Jika 2 sdt habbatus sauda direbus dengan air 2 gelas lalu ditambah madu akan mendinginkan perut yang panas karena asam lambung.
27. Belum diketahui lagi


Subhanallah begitu besar manfaat habbatus sauda, warisan Rasulullah yang tak ternilai harganya. Alhamdulillah puji syukur pada Allah yang telah menghadiahkan obat segala penyakit untuk kita semua kaum muslimin. Lalu mengapa kita tidak berpindah pada sunnah Rasulullah ini?

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus sauda:


1. Nilai pemakanan

Habbatus sauda kaya dengan:

- monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
- polysaccharide
- fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
- amino acid yang membentuk protein
- karotene iaitu sumber vitamin A
- kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).


7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.


(Source: http://khasiat-habbatus-sauda.blogspot.com/)




Monday, June 18, 2012

Husbandku dicop toke tupperware!

ari tu mase ade majlis ape ntah kat opis mohd k...derang main tukar2 hadiah dengan syarat hadiah tu mestilah harga rm20 ke atas. xtaula nak beli ape yang sesuai, then mohd k bagi idea.."xde ke tupperware2 yang xpakai lagi kat dalam kotak?" keji betul kalo aku amek tupperware yang dalam almari tu bagi kat orang kan...kebetulan pulak time tu, memang xde tupperware yang x guna lagi.

terus je la start kereta pegi kedai tupperware beli la 2 biji tupperware yang harganya memang pun sangat2 lebih dari rm20 (kalo beli tupperware rm20 alamatnye dapat penutup botol air je kot...). aku x wrap la tupperware tu, aku letak je dalam paper beg branding tupperware jugak (kalo brand applelady ke, plasticware ke...sah2 aku wrap kemas2 supaya orang xnampak isi dalam...hahaha...keji kan??).  sampai je kat opis, mohd k cerita, officemate dia sume panggil dia toke tupperware sebab tiap2 ari bawak bekal mesti letak dalam tupperware... (mohd k da boring makan kat cafe dia & aku terpaksa menyediakan bekal utk dia, bagus kan iiiiii?) air pun dalam botol tupperware...bagi hadiah kat orang pun, hadiah tupperware...
hahahaha...kesian kat mohd k, kalo pompuan leh jugak terima dek akal orang panggil toke tupperware.

dan selepas tu barulah terbuka cerita oleh mohd k yang pernah ade satu ari tu akak kat opis dia dok belek2 catalog tupperware yang kebetulan ade set tu dalam rm 300 lebih camtula tapi setnyer memang dapat banyak. selalunyer kalo set2 yang dapat banyak tu, orang suka divide2, dapat la dalam 4-5 set sorang dan harga pun xdela mahal sangat kalo kita share. ade ke patut akak tu ajak laki aku share beli tupperware..ayat kemain sedap lagi "k, jomle kita share set ni dua orang....awak kan suka pakai tupperware. akak tengok tiap2 ari awak bawak tupperware".  mase mohd k cerita, terbahak2 aku gelak sebab aku xpernah pulak ajak geng lelaki kat opis aku tu share beli tupperware...agak2la kak oiiiii. 

aku ni bukannye peminat tupperware sangat pun. beli2 tupperware ni dulu mohd k yang suruh sebab kat rumah mak dia, kakak2nyer memang suka membeli tupperware dan dia pun terpengaruh kononnye tupperware ni xde bahan kimia...iye ke???iye la kot....so, kalo da husband cakap macam tu, aku percaya semua isteri kate hooooooooooooreeeeeeyyyyyyyyy.....sebab xsemua husband yang suka isteri melabur ke arah itu kan.......

xdela banyak pun tupperware kat rumah aku...maklumle dapur perumahan kan agak terhad. tunggula tabung aku penuh dulu untuk buat banglo dengan dapur yang lebih luas ye...(jangan amek ati ye...banglo idaman aku = rumah teres aje...hehehe) mase tu bolehla beli tupperware banyak2.... tapi aku ni fanatic botol air...dan setakat ni aku baru ade banyak ni....dan bakal ditambah lagi koleksi nyer....huhu...

yang 3 botol besar kat belakang tu untuk bawak air delima/orange ke opis...yang ade beg jalur kuning tu utk aku dan mohd k bawak air masak ke opis...yang beg biru untuk bawak jalan2 ke bandar sebab kocik dan ringan...sebelah beg biru tu botol utk letak air zamzam...(aku minum air zamzam tiap2 utk kesihatan...nanti aku cerita kat entry akan datang ye) yang warne pink ngan ijau tu utk letak air masak dalam bilik tido...semua pun ade kegunaannyer..so, xle membazir ye!

Saturday, June 9, 2012

Kampung i berjiran dengan taman KOTASAS..

ari tu mase baru2 pindah ke kuantan, sebuklah aku menghangkut mohd k ke hulur ke hilir g survey2 rumah. mase tu excitednye laen macam nak cari rumah sendiri. tapi skrg da ilang excitednye sebab rumah kat kuantan mahal betul...rumah teres lot tepi pun da 350k...da la kocik. kalo besar xpela..

perumahan yang aku berkenan sekali ialah taman KOTASAS...(korang searchla kat internet). cumei nyer rumah ni..berbunge2 ati i...tapi tengok semi-d ummaaakkk aiiii...regenyer da dkt 400k. dahler semi-d yang xde kawasan sangat tuh.sabor jela..kalo aku buat rumah sendirik pun 400k mesti rumah emak bapak banglo aku dapat.

so, macam mane nak buat???tengok ajela...xpayah beli2. sampai ke hari ni, bila aku ajak mohd k survey rumah mesti dia cakap,"xpayahla....bukannye kita nak beli pun. baek kita buat aje". orang lelaki ni kan, kadang2 kene paham orang2 pompuan neh...kitorang memang xnak beli, tapi kitorang ni suka pegi survey2 buang2 masa...ala2 window shopping gitu. xdapat beli, dapat tengok pun jadila...huhu

baru ni aku gi kebun abah nak tengok orang pasang paip air.  rupe2nye taman yang aku dok aim tu rupenye sebelah aje kampung aku. sebelah pulak ngan kebun abah. elok sangatlah tu. nanti korang da wat jalan cantek2, aku menumpangla kat tepi tu buat rumah kocik kat situ..xsangka pulak aku, dekat aje rupenye. lalu ikut jalan depan xnampak pulak kebun abah. tapi dari kebun abah...wahhhh...nampak clear perumahan kat situ....


pemandangan dari kebun abah...

Homemade Steamboat

bile da balik kampung ramai2, tekak pun macam2 la jugak nak makan...lagi ramai orang, lagi banyak la menu yang dipikirkan. so, makanan pun macam2 lah.  angah aku ni kira tererlah dari aku & along..kuikuikui...kami berdua order je lah kalau angah da ade kat sini :) macam2 dia leh masak...huhu...

ari khamis tu, angah ade buatkan kitorang steamboat....senang aje rupenyer...cume antara malas ngan rajin aje. resepi xboleh nak kasik sebab aku sampai2 kat rumah mak, tengok2 dia da nak hampir siap masak da...tinggal aku nak melantak aje...so, leh tunjuk gambar je la kat korang...


ready to eat....yum..yum...

Thursday, June 7, 2012

Bufday bonda....

sebenarnye bufday mak aku 30hb June ni....tapi disebabkan angah aku balik cuti school ni, kitorang decide nak celebrate awal sebab angah jarang2 balik ke kuantan. almaklumlah balik dari kedah...2-3 bulan sekali baru boleh balik. kitorang decide nak wat makan2 kat restoren area Balok. riuh-rendahlah restoren tu dengan 3 orang anak, 3 orang menantu dan 7 orang cucu. makan2 tu pun disponsored oleh angah..

so, untuk malam tu, aku just banyak snap gambar aje...wish mak supaya dirahmati Allah, sihat selalu, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur....lapppp uuuu...



Gelas besarkah???

Mama, encik danial, encik aiman & encik danish

encik danial yang buat aksi bersama mama...

Kek yang disponsored oleh along@ mama....kek last minute so xde choice lah.. :)

maksu & akish...why maksu look weird??

akish yang menunggu nenek potong kek...


tq untuk staf2 restoren ni sebab kasi meja clear lepas kitorang melantak untuk upacara memotong kek....huhu

encik danial & atuk terchenta...


encik danial yang dipaksa berpelukan oleh encik hazeeq... 






nenek yang happy sedang memotong kek....yang sebelah nenek tu ibu yang memsponsoredkan makan2 ni....tq ibu....
Present untuk nenek yang membuatkan nenek lagi happy....from us...dotter2 terchenta....




Tuesday, June 5, 2012

Bercermin mata ke office...

ari ni rupe aku macam seorang proffesor sebab terpaksa pakai cermin mata oleh kerana kepala aku asyik pening penangan contact lense yang xde power untuk silau...mata aku silaunyer tinggi. kalo drive malam2 pakai lens boleh jagi accident sebab memang xbape nak clear aku nyer mata ni..aku penah jadi cam orang gila terpaksa pakai sunglasses pada waktu malam. sebab mase tu kritikal la aku xnampak. bila pakai sunglases, cahaya kereta dari depan xdela pecah sangat di mata aku.  tapi bile sampai kat traffic light, aku cabutla sunglasses tu sebab malu weiii kalo kete kiri kanan nampak..sah2 derang kate aku sewel pakai sunglasses malam2..kuikuikui...

tapi aku paling takut aku pening sebab mata aku kena tambah power...da xsanggup nak menambah ketebalan cermin mata aku yang dah ala2 proffesor ni. da ala2 nerd pulak kalo pakai cermin mata tebal2 nanti. officemate aku pun jarang tengok aku pakai cermin mata ke ofis, tu ade yang xkenal aku la...ade yang cakap kelakar la...ade yang cakap nampak pandai la....macam2 lagi la orang cakap2...tapi ade aku kesah???aku xkesah langsung...yang penting kepala aku xpening lagi..

aku start pakai cermin mata dari form 2 lagi...tapi aku pakai pun mase dalam kelas je sebab rase hilang kecomelan aku kalau pakai cermin mata. cermin mata tu akan aku simpan kat dalam beg lepas je abis kelas...begitula sampai nak masuk diploma, aku da pandai nak pakai lens.  aku sanggup aje nampak comel walaupun aku tahan bas tapi aku xnampak bas tu tulis destinasi ke mane...aku sanggup aje nampak comel walaupun aku penah tersalah tegur orang sebab aku ingatkan itu kawan aku...rupenye orang laen..huhu...

tapi bile aku cerita2 kat kawan2 aku yang laen...ade jugak yang sespesis dengan aku...tapi dia lagi kritikal sebab nak tahan bas....tapi tertahan lori sampah sebab kaler bas tu same je macam kaler lori sampah...hahaha...

lagi satu bukan sebab kecomelan pun sangat (kalo xpakai pun xcomel jugak aku ni haaaa)...sebenarnye aku xsuke pakai cermin mata sebab aku rase rimas ade mende kat muka aku..pakai lens pun bukannye selesa sangat...tapi aku sanggup je swimming pakai lens walaupun da brape kali lens aku tercabut masuk dalam pool. penah aku menangis2...tengok mate da kelabu...rupenye lens jatuh bersama2 air mata. penah jugak aku tido pakai lens, bangun2 rase lens xde sebelah...cari kat atas bantal xde, pastu gi depan cermin...tolak2 kelopak mata yang bahagian atas tu, nampak lens turun...hahaha...rupe2nye lens da masuk dalam mata nun di sana...(gelak2 jugak, ngeri pun iye jugak, kalo lens tu xturun, jenuh pulak kene operate...chooooiiiii).

tapi sebenarnya lebih elok pakai cermin mata dari pakai lens...pakai lens ni nak betul2 kene bersih, kalo x nanti boleh kene infection pulak...so, itu bergantung kepada pendapat masing2.... :) yang penting kita boleh NAMPAK...

gambar ni lebey kurangla rupe cermin mata aku..da nak masuk 3 tahun da. tapi yang ni sangat tahan...berbanding yang sebelum2 ni yang frameless lah, half frame lah, setahun aje da ngok ngek...so, berbaloi beli ralph lauren ni...10 tahun pun tahan kot...huhu..aku akan pakai sampai orang da xpakai da (gile kodokut).

Sunday, June 3, 2012

Seminggu ditinggalkan.... :(

sedihnyer lah bunyi....huhu...da lame xditinggalkan oleh mohd k. kali ni dia pegi tournament (National Closed) ngam 7 ari. aiyoooo lamenyer. of course lah aku xdok rumah kalo dia xde. dari ari sabtu sampai ari jumaat...lame kooooo... terpakselah merempat kat rumah along atau rumah mak aku. tapi kebetulan ari rabu tu, ade ofismate yang sangat budiman yang sudi menemani aku tido kat rumah...so, hooreyyyy. bukan xseronok tido kat rumah mak atau along..tapi sebab da xlarat nak punggah barang dalam beg. beg aku of course lah banyak kalo nak tido rumah orang...satu beg laptop, satu beg alat make-up (walopon xdigunakan sangat), satu beg baju keje, satu beg baju tido, satu beg kamera...haaaa.... cube kire bape bijik beg yang aku bawak???itu baru untuk 4 ari nak tido rumah orang...tu yg malas tuh...

mohd k beriya2 ajak aku ikut dia sebenarnye...tapi aku yg xmo. bukan sebab sayang cuti (cuti aku melambak lagi, ade 35 ari lagi) tapi sebab aku pikir betapa bosannye aku pada 7 ari tu menunggu mohd k tournament dari pagi sampai petang. tapi leh je kalo ikutkan aku gi jalan2 sebab mohd k tournament pun kat kompleks wilayah dan hotel yang dia sewa pun Maytower. dekat aje dengan jalan TAR & Sogo...tapi pikir2 balik kalo nak gi jalan, xkan nak pegi sorang2...7 ari ke tempat yang same...baik aku duduk je kat kuantan. lagipun aku kene wat kelas untuk short sem. lebih baik aku menghabiskan silibus aku yang melambak lagi tu...huhu..

tapi yang paling best...mohd k tidak balik dengan tangan kosong, selain dari medal yang dia dpt tu (aku xdela heran ngan medal tu...nak buat ape untuk aku yang buta chess nehh...kuikuikui) dia pegi plaza low yatt untuk beli filter lens idaman aku.. sangat senonottttt....yang penting free..kalo x, melayang 3 rat...tapi kat sane dapat murah la sikit dari kuantan..kedua2 filter ni total nyer baru rm250.. ini kire cam upah kene tinggal la kot...

weeee....inilah dia filter ituuuu...










tapi sebenarnye selepas da kawen ni..dan lagi pulak selepas berpindah ke kuantan ni...rase laen kalo kene tinggal ngan cik suami...(mesti korang setuju jugak). dulu mase bujang sonot aje dok rumah sorang2, boleh aje drive 5-6 jam sorang2 untuk balik kampung, boleh je gi cari barang sorang2, selera aje makan sorang2.... tapi sekarang kalo xde orang teman...berat je nak pegi mane2...huhu...itula perbezaan yang ketara kehidupan sebelum dan selepas berkahwin...

POLISAS Educational Research Seminar (PERS) Zon Pahang

Berakhirlah sudah penyeksaan membuat research yg membantutkan banyak kerja2 aku yang lain...last week aku da present da research di POLISAS. kali ni aku present di peringkat zon Pahang. sebelum ni, aku just present peringkat POLISAS.  tapi malas nak citer panjang la tentang research ni...da xmo ingat da bende2 yang menyerabutkan tu...huhu..so jamula mate tgk gambar2 di bawah ye....
Member seperjuangan, kak sal berposing sebelum present..huhu...

Aku yang berposing ala2 kecomelan (tuuiiiii)...yang juga sedang berdebar2 tgu turn nak present...

Aku pun xingat kitorang tengah buat ape tonggang-tonggek kat depan orang ramai tu....haha...






itu jela gambar yang aku nk bagi korang tengok...gambar tengah present xsampai ati nak tunjuk sebab malu nak tunjukkan muka cuak aku...haha...