Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Saturday, December 21, 2013

Beli rumah dah siap atau bina atas tanah sendiri - Part 1

Dekat setahun aku menghilangkan diri dari dunia blog ni sebab ada kene mengena dengan tajuk ni lah. Agak busy sebab aku perlu settlekan banyak perkara dalam tempoh beberapa bulan.  Actually aku sekarang da dapat duduk kat rumah sendiri. Alhamdullillah...kata orang kecik2 pun asalkan rumah kita ye x? Da puas menyewa sana sini.  Umur pun da masuk 31 minggu lepas. So, target aku habis bayar loan rumah pada umur 50 tahun...insyaAllah la settle bayar time tu sebab loan aku buat pun untuk 20 tahun je.

Da lama aku pikir-pikir samada nak beli rumah dah siap atau bina sendiri.  Aku pernah kot cakap pasal ni sebelum ni.  Puas pergi survey sana sini tengok harga rumah mencanak-canak naik. Hoiii tak daya nak bayar bulan2 kalo da cecah 2 ribu lebih sebulan...habis aku ni nak makan ape kalo separuh gaji da bayar rumah aje?  Nak beli rumah demand pulak tu...tak padan dengan takde duit..kikiki...nak beli rumah semi-d bagai...taknak rumah tengah2...nak rumah ada kawasan tepi yang luas..nanti nak sambung ke...nak renovate ke kan senang.  Kalo yang camtu pulak aku kena bayar 3 ribu lebih la sebulan la gamaknya..Yela...takkan sampai tua aku nak duduk rumah kongsi dinding dengan jiran sebelah kan.  Kalo ada rezeki lebih dah tua2 nanti bolehla nak beli rumah lain.  Tapi kalo hutang yang satu tu pun ko baru habis bayar umur 50 tahun...takkan ko sanggup nak buat hutang lagi.  Kalo ko sanggup pun, belum tentu bank sanggup bagi ko buat loan ngan depa..haha...

Nanti aku kena buat entry ni part by part sebab banyak step kan buat rumah.  Rumah kecik je tapi step dia sama cam rumah 4-5 tingkat...haha. Xdela aku gurau je...Aku try la update entry ni sampai habis sebab masa aku nak buat rumah tu, payah betul nak cari blogger yang bercerita pasal bina rumah sendiri ni. Terjumpa 2-3 blog je...yang lain semua promote ANDA BERMINAT NAK UPAH KAMI??

Banyak benda yang aku and mohd k tapis sebelum buat rumah ni. Yang paling kami pikir kedudukan kewangan kami.  Itu yang paling penting untuk pikirkan adakah kita mampu nak bayar loan tu? Sebab loan ni lama kak jemah nak kene tanggung dik oii...Segala kira-kira telah dibuat, baru kami proceed ke next step.  Lepas tu pikir pulak, adakah anda sanggup untuk duduk di kawasan tersebut?Hahaha...yang ni paling panjang aku pikir sebab tanah tu memang sebelah je rumah mak abah aku. Kira sekarang aku kena duduk dekat kawasan orang tua2 la gitu...huhu...Tapi lepas kaji2 balik, ehhh da ramai rupenya budak2 kat kampung ni bina rumah sendiri jugak kat tanah mak bapak depa.  So, no hal la. Macamla selama ni aku duduk kat taman tu aku dok bersosial sangat ngan jiran2 sebelah tu...pegi kerja jumpa sekali, balik kerja jumpa sekali..lepas say haiii..gedegangggg tutup pintu.  Aku ni peramah hokeeyyyy tapi masing2 bila da balik kerja da penat...takdelah masa nak duduk2 kat dekat birai2 longkang buat mesyuarat tingkap.

Pastu da settle jawab semua soalan2 di atas...kami pun mula mencari kontraktor. Ehhh loan tak apply lagi time tu...haha...dah pegi cari kontraktor.  Gila konpiden loan ko lepas kan.... Sebab ape kami buat camtu???Sebab kami nak tahu berapa estimate cost untuk rumah dengan struktur tanah tu. So, kami pilih kontraktor yang boleh bagi harga yang paling ok dengan perkhidmatan yang paling superb. So, of course lah orang yang boleh bagi harga paling ok adalah kenalan2 kita...kira harga kawan kawan... Actually mohd k ada kawan dengan sorang kontraktor yang kekurangan modal.  So, mohd k pernah la orang kata apa tu...macam suntik modal eh??bukan suntik botox yerrr...haha...mohd k kira suntik modal kat company dia.  So, harga yang kami dapat pun lepas da tolak2 semua modal yang mohd k ada dekat situ.  Lepas tu ada lah beberapa kos yang kami terpaksa tanggung sendiri.  So, tak boleh la aku nak declare harga rumah tu kat sini sebab kena campur sana sini. Senang cakap semua duit dalam ASB aku tu kira habis lah. So, korang boleh bayangkan eh kalau buat rumah ni, bulu kaki je ko tak sempat nak gadai...kalau boleh gadai...da lama kena gadai...haha..itu kalo lakulah...kalo bulu kaki ko kerinting semacam je...sure 2 sen orang taknak beli.  Haipppp....merapu pulak....

Sekarang ni rumah dah siap...pagar & garaj tengah buat.  Pagar & garaj ni kontraktor lain pulak yang buat. So, harga pagar & garaj ni tak termasuk harga rumah. Walaupun rumah je da siap dan yang lain2 tu belum siap, kami tetap berpindah ke rumah ni. Bukan sebab excited nak duduk rumah baru...tapi sebab terpaksa. Ko mampu da potong loan rumah pastu ko masih terpaksa bayar sewa rumah?  Dah le selama 7 bulan kami terpaksa bayar loan rumah dan sewa rumah...uwaaaa...cukuplah untuk tempoh seksaan selama 7 bulan tersebut...kami dah tak sanggup lagi...

Oke...nanti aku sambung lagi. Stop dulu kat sini sebelum mohd k terlangkup lappy ni atas kepala aku...haha




Saturday, March 26, 2011

BPA free bottle

sekarang ni sebok la parents kpd anak2 menukarkan botol susu anak mereka kpd BPA free...aku yg xde anak lg ni pun kene search jugak utk anak2 buah aku the best bottle utk derang tonggeng ke hulu ke hilir..bkn botol susu aje tau...botol air kat rmh kite tu pun kite kene pakai BPA free...pilihan aku brand tupperware je la sbbnyer mohd k yg suh..dia xsuke bekas yg aku beli merata2 even ikea punyer bekas...tp bg aku bekas kat ikea mrh & tahan pulak tu...aku suke!kenela ikut ckp encik suami kan...

korang tau apa maksud BPA???aku pun tgh mengkaji lagi...dok sebut2 tp xtahu ape maksud BPA tu...maksudnyer...aku copy je yer...korang bacela:
Bisphenol A, commonly abbreviated as BPA, is an organic compound with two phenol functional groups. It is used to make polycarbonate plastic and epoxy resins, along with other applications.
Known to be estrogenic since the mid 1930s, concerns about the use of bisphenol A in consumer products were regularly reported in the news media in 2008 after several governments issued reports questioning its safety, prompting some retailers to remove products containing it from their shelves. A 2010 report from the United States Food and Drug Administration (FDA) raised further concerns regarding exposure of fetuses, infants and young children.[1] In September 2010, Canada became the first country to declare BPA as a toxic substance.[2][3] In the European Union and Canada, BPA use is banned in baby bottles
Inilah perbezaan di antara botol Policarbonate dan Polypropylene. Botol Policarbonate colornya clear dan lutsinar manakala botol Polypropylene atau yang BPA-free, colornya keputihan atau kelabu asap sikit.

Byk jugak botol susu yg aku survey yg BPA free antaranyer
Antara botol2 susu yang BPA-free ialah:
1) Born Free
2) Medela
3) Dr.Brown (yang botol kaca)
4) Gerber
5) MAM

selalunyer kat Malaysia ni avent la yg glamer...biasela rakyat malaysia tgk yg mane yg top tu yg itula dia beli...kalo brand lain tu xkenal pun sbb xamek tau..sbnrnyer kpd sesiapa yg gunakan botol avent double check sbb xsume botolnyer BPA free...sbb ade satu webpage aku jumpe ini semasa derang menjual brg avent:
Avent has put in lots of hard work to create a bottle system that works well for breastfed babies and pumping moms, but that doesn't mean the system doesn't have merit for formula-fed babies. The best feature of Avent bottles is the wide, silicone nipple. Shaped to mimic a mother's breast, the nipples are a smart choice for those who switch beteen breast and bottle. Avent does not make a BPA-free version of their popular bottles, though, so if you're concerned about BPA, this is not the bottle for you.

dlm byk2 botol susu yg aku search, dkt oversea diorang lebih prefer menggunakan dr. brown...tp ssh ckit nk cuci berbanding avent yg bsr gedabak itu..mmg seksa pun kalo nk mencuci mulut botol yg sempit...xpuas mencuci...hargenyer mmg sedikit mahal berbanding avent...tp aku tgk ramai yg puas ati menggunakannya....xtahula..aku bace review omputih...nk review org kite xramai lak yg gune dr. brown ni....nampaknyer aku cari botol ini la utk anak buah aku yg baru nk masuk 3 bln tu...tp bentuknyer ade mcm2...wide neck ataupun yg standard....ikut kesesuaian umur baby...

Our Dr. Brown’s bottle features a patented two-piece internal vent system that works unlike any other bottle design. The vent system fully vents our bottle for vacuum-free feeding, which we call positive-pressure flow, similar to breastfeeding. As the baby feeds, air is channeled from the nipple collar through the vent system, bypassing the breastmilk or formula, to the back of the bottle. Air never mixes with the breastmilk or formula which minimizes oxidation and helps maintain essential nutrients like vitamins C, A and E.
Babies feed more comfortably because the vent system allows them to nurse without fighting the negative effects of a vacuum or the discomfort of ingesting air bubbles. This helps to reduce feeding problems like colic, spit-up, burping, and gas. The breastmilk or formula flows freely, without nipple collapse. Contains no PVC, lead or phthalates.


tp kalo nk yg murah beli brand MAM...dua botol baru rm60 lebih..lebih kurang harga avent...


Description: Mam Anti-colic 270ml Pink Bottle this bottle comes with a medium flow teat.Following from the recent news stories regarding Bisphenol A and of this being released into baby milk when heating polycarbonate bottles. All Mam bottles are all BPA free
yang ni pulak botol kaca....lagilal mahal RM130 lebih jugak utk 2 botol...ni jenama Cherub Baby...tp yg penting selamat...

tp aku terpikir tibe2...zaman dulu2 mase aku kecik mak aku bg btol susu ape ntah kat aku....adakah BPA free??sbb yg aku tau zaman dulu tu xde pulak isu2 ni timbul....sampai tadika lak tu aku hisap btol dgn susu Dumex...huhu....

so, sesiapa yg mencari botol susu yg sesuai tu, aku harap info ini membantu korang sedikit... :)

Monday, March 14, 2011

takziah kpd rakyat di Jepun







Berita Harian:Gempa bumi akibatkan gelombang tsunami 10m jejas ekonomi Tokyo

TOKYO: Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter dan menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh.
Agensi berita Kyodo melaporkan, gempa bumi menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.

Dengar aje berita tersebut dr TV3 mlm Jumaat tu...mohd k terus panggil aku supaya tgk tv...ya Allah...aku sgt2 terkejut sbb seorang ofismate aku baru je berlepas ke Jepun ari Khamis tu utk melancong bersama keluarganya...aku harap ofismate aku, Hafaz, Kak Tini & anak2 selamat di sane...aku antar msg pun xdibalas...rupe2nye esoknyer baru aku tahu talian telefon terputus...4.4 juta rmh di utara Jepun juga terputus bekalan elektrik....harap2 kami di sini akan mendengar berita baik dr mereka sekeluarga di sane...


Cerita pasal negara Jepun ni....ia adalah sebuah negara yg aku kagumi sbb negaranye sgt maju...yela...kalo kat Malaysia ni, kalo nk pakai kereta pun...selalunyer org cari made in Japan kan...bkn setakat kereta aje...ade mcm2 lagila...brg make up, handphone, home appliances...selipar pun...kite cari selipar Jepun...

Tun Dr. Mahathir pun pernah mengumumkan Dasar Pandang Ke Timur pd 8 Februari 1982..thn kelahiran aku tu..sebab ape Dasar Pandang ke Timur??? Sebab seperti yg kita tahu, negara Jepun dan Korea adalah merupakan dua buah negara yang begitu pesat membangun, di beberapa bidang, mereka adalah lebih maju dari beberapa negara Barat sendiri. Kejayaan kedua-dua negara ini boleh dijadikan contoh dan teladan kepada Malaysia dan seterusnya dipraktikkan bagi mencapai matlamat pembangunan negara dengan meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan sektor awam dan swasta.


So, aku harap kejadian yg berlaku di Jepun ini akan dijadikan tauladan yg baik kpd negara kita...Seperti yg kita maklum, bangunan-bangunan di Jepun telah dilengkapi dengan sistem anti gegaran untuk mengurangkan impact gegaran apabila bangunan itu bergoyang....tapi di Malaysia kita tdk menggunakan teknologi tersebut...bile tgk rakaman sedutan video di bwh...aku rase sgt2lah ngeri sekiranyer kejadian seumpama itu berlaku di Malaysia nk pulak di Kuala Lumpur yg penuh dgn bangunan tgi2 itu...tp mintak dijauhkan dari semua itu....kita mohon supaya Malaysia sentiasa aman sejahtera...


Wednesday, February 16, 2011

Gastrik yg x pernah hilang...



hari ni pepagi buta aku nk ceritakan kat korang pasal penyakit gastrik ni....da hampir 7 bln aku menghidapi penyakit ni...puas cari ubat merata2 tempat...pegi hospital...mcm2 klinik da pegi...tp xjadi ape pun....ubat kapur tu da berbotol2 aku telan...sampai da xlalu da...tgk botol pun da lari jauh2...blm tgk isi dlmnyer lagi...supplement pun da mcm2 jenis aku try....ape yg org ckp elok, sume aku nk try...

selalunyer bile kite dgr org ckp, "sy ade penyakit gastrik...." kite xamek kesah pun sbb kite anggap penyakit tu xdela merbahaya mane...lgpun penyakit tu bknnyer sejenis penyakit kronik....tp bile da kena....tuhan je yg tahu betapa azabnyer kene penyakit tersebut....da 7 bln aku xdpt bernafas dgn puas...da 7 bln perut aku sebu...da 7 bln aku pening2 lalat...yg paling xtahan tang angin tula...

aku sdh membuat test dkt hospital...siap wat ultrasound kat perut lagi...tp xde ape2...doc ckp mende yg same iaitu GASTRIK...aku pelik kalo aku gastrik kenape pernafasan aku pendek2....mcm xcukup nafas...perut pedih...xkan kene gastrik begitu lame tempohnyer...

.aku pun ade jgk mencari2 jgk info tentang penyakit ni...baru2 ni aku terjumpe satu website yg menceritakan pengalaman peribadi org ramai yg terkena penyakit ni:

  1. Salam sume.. 2 ming lepas saya mengalami serangan gastrik yang serius. Ingat mcm nak mati je .. Masa saya nk ke ofc isteri saya, lbhkurang 2 km dari ofc saya. Sampai kat satu persimpangan, saya mula rasa kelainan.. nafas tersekat-sekat, air liur kering, lidah terasa kelu serta sukar berkata-kata, leher macam tersekik, mata berpinar-pinar, pening mcm nak pitam, tangan kaki sejuk-kebas-menggigil.. Hampir 45 minit saya bertarung nyawa keseorangan dan akhirnya saya meminta bantuan seseorang yang kebetulan lalu di situ untuk membeli gula-gula hacks & air mineral. Alhamdulillah.. Tuhan telah memanjangkan umur saya lagi… Sampai di klinik doktor mengesahkan saya mengalami gastrik & juga telah menurunkan tekanan darah (hipotensi)ke 100/60 mmHg. Bila saya imbas kembali 1-2 bulan lepas.. baru sedar saya telah melakukan kesilapan bodoh. Terlalu mengikut nafsu makan hingga memudaratkan kesihatan & nyawa. Pulut ikan masin hampir setiap pagi, minuman berais & berkarbonat menjadi favourite terutama di awal pagi serta tidur lewat malam menjadi amalan. Selang beberapa hari selepas berjumpa doktor, dada terasa ketat & kadang-kadang menyucuk serta nafas berbunyi seperti asma. Bila makan pedas, dada terasa panas membakar. Akhirnya saya mendapat petua dari seseorang… cuba amalkan air (blend) bawang merah 1 sudu setiap pagi. Insya Allah.. sambil berpantang makanan masam, pedas, ais, berkabornat, susu, kesihatan akan kembali pulih seperti biasa.. Saya segera mencuba & Alhamdulillah.. saya sudah kembali sihat.
  2. queen said,

    February 14th, 2011 at 4:22 pm
    ida…doc ade suggestkan suh wat endoskop tu utk tgk btl ke x gastrik tu…tp sy sgt tkt…
  3. satar said,

    February 14th, 2011 at 9:56 pm
    Salam… Selain gastrik… batu karang dalam hempedu pn kena ambik tahu jgk.. sebab tanda2nye sama jer macam gastrik.. kebanyakkan tanda2nya muncul slps makan makanan berlemak… cara untuk mengesan kena buat ultra sound kat hospital… batu karang dalam hempedu sangat bahaya kerana jika batu itu jatuh ke saluran hati.. akan menyebabkan kerosakan pada hati pula (tanda awal ialah demam panas dan kemudian kuning).. saya salah satu org yang dahulu dr asyik ckp kena gastrik.. tp bila cek betol2 baru tahu ade batu karang dlm hempedu.. tu pn dah setahun asyik makan ubat gatrik entah berapa kali tukar ubat dah..
  4. nadiah said,

    February 14th, 2011 at 11:20 pm
    to ida,saya pon mgalami simptom mcm yg awk ckp..mkn lewat skit je mula la angin masuk urat kepala ,mcm kembang kebas je rasa ble lpas mkn pipi rahang ni cm kembang je kadang sampai tegang je leher ni pastu klu bdebar serba xkena nk tido pon susah rasa cam xcukup oksigen. saya pon dh xtau nk wat cmne..jd tmbah stress
  5. kiki lala said,

    February 15th, 2011 at 7:35 am
    fyi..endoskop mmg tidak menyakitkan sebab kita dibius ,,mmg tak sedar..tau tau je dah siap..tapi ubat hospital tak byk
    membantu kecuali jika kita ade kuman h pylori dlm
    usus..
  6. zana said,

    February 15th, 2011 at 10:16 am
    ROSLE.. awk blend bawang merah ke.campur ngan air ke x pyh..
  7. rosle said,

    February 15th, 2011 at 10:53 am
    Zana, tambah skt air suam.. Slawat 3 x & bismillah.. mula minum akan rasa pening & pns skt.. Kalau rasa x slesa selepas 1/2 jam, minum 1 gelas air suam..
  8. zana said,

    February 15th, 2011 at 2:04 pm
    bwg kecil atau besar pun xpe ke..tak pernah2 mkn bwg,apa rasa pun xtau la.. :)smpai la zana xhilang g sesak nafas..risau la.rosle hilang dh ke sesak nfas tu
  9. kiki lala said,

    February 15th, 2011 at 7:43 pm
    zana dh buat endoskop ke?
  10. rosle said,

    February 16th, 2011 at 12:09 am
    Alhamdulillah..Zana, dh ilang.. sblum saya amalkan petua tu hampir setiap malam saya sesak nafas. Antara khasiat air bawang merah (kecil) ialah melancrkan peredaran darah & menolak angin dlm badan. Rasa air bawang tu memang laa x sedap.. tp cuba dulu.. InsyaALLAH
byk lagila yg derang bincangkan pasal penyakit ni...rupenyer ade org kene lagi teruk....kelmarin mohd k ade jumpe doc homopati pulak..yela ubat hospital xjalan...kite usaha yg laen pulak...kali ni aku dpt dua jenis ubat...ubat ni buatan german...so, blh cek laman web utk keterangan yg lebih lanjut....nnti kalo ok nnti aku akan recommendkan dkt org yg mempunyai mslh yg sama dgn aku...ubat ni namanya Dr. Reckeweg. harganya pun boleh tahan jugaklah mahalnya....tp kite perlu ikhtiar utk sembuh....


Active ingredients: Anacardium orientale (Marking nut) 6X, Argentum nitricum (Silver nitrate) 6X, Arsenicum album (Arsenous oxide) 6X, Belladonna (Deadly nightshade) 4X, Carbo vegetabilis (Activated charcoal) 8X, Chamomilla (German chamomile) 2X, Chelidonium majus (Calandine) 3X, Lycopodium clavatum (Clubmoss) 5X, Nux vomica (Poison nut) 4X, Scrophularia nodosa (Figwort) 1X. Inactive ingredients: 40 vol.-% alcohol, distilled water.

Indications: Homeopathic Medicine for the temporary relief of minor symptoms associated with indigestion*:
• Heartburn
• Sour stomach
• Acid indigestion

Active ingredients: Carduus marianus (Milk thistle) 2X, Chelidonium majus (Calandine) 2X, Cinchona officinalis (Cinchona) 3X, Cholesterinum (Cholesterine) 6X, Colocynthis (Colocynth) 6X, Lycopodium clavatum (Clubmoss) 4X, Nux vomica (Poison nut) 4X. Inactive ingredients: 39 vol.-% alcohol, distilled water.

Indications:Homeopathic Medicine for the temporary relief of minor symptoms associated with*:
• Constipation
• Flatulence

2 jenis ubat ni la yg aku mkn da 2 ari ni....xde kesan ape2 lagi sbb perubatan homopati selalunya lbt ckit effectnya...so doakan aku sembuh :)

Tuesday, February 1, 2011

cekap tenaga....


penah x korang nampak logo mcm yg kat atas tu???penah x korang dgr pasal barangan elektrik yg ade tulis CEKAP TENAGA...ini sedikit info yg aku nk beri kat korang...sbnrnyer...kalo korang nk cari brg elektrik cthnyer peti ais ke, aircond ke, mesin basuh dan lain2 lagi yg mane memerlukan penggunaan elektrik yg agak tgi....aku menggalakkan korang mencari barang yg ade cop CEKAP TENAGA ni....ini tlh direcommendkan oleh Suruhanjaya Tenaga....dan brg2 yg ade cop CEKAP TENAGA ni mmg sgt2 menjimatkan sbb aku, mak & nenek aku telah menggunakan salah satu brangan yg tlh disenaraikan di atas tu...bil elektrik rmh kami mmg same je mcm dulu2 sblm menggunakan barangan tersebut...

kadang2 kita selalu dgr pasal brand itu ini pakai blh menjimatkan elektrik...tp bile pakai....xjimat pun..tp aku jamin korang...kalo korang try pakai brg yg ade cop tu...mmg btl2 jimat....

penting ke jimat elektrik ni?????MESTILAH PENTING sbb mmg nampak naik ckit2 je sbln....xnampak pun byr lebih ckit kan...tp cube korang tgk pengiraan ni:


Kiraan bil tahunan untuk penyaman udara seperti berikut (1,000W = 1kW):-

Biasa = 1.2kW x 365 hari x 7 jam x RM0.25 (kadar per kWj) = RM766.50

Cekap tenaga = 0.96kW x 365 hari x 7 jam x RM0.25 (kadar per kWj) = RM613.20



Jimat kan???tp bg org yg byk duet....xkisah la setakat rm100 je beza kot...tp bg aku....byk yg aku blh beli dgn rm100 itu...ahaaakkksssss...