Monday, March 14, 2011

takziah kpd rakyat di Jepun







Berita Harian:Gempa bumi akibatkan gelombang tsunami 10m jejas ekonomi Tokyo

TOKYO: Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter dan menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh.
Agensi berita Kyodo melaporkan, gempa bumi menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.

Dengar aje berita tersebut dr TV3 mlm Jumaat tu...mohd k terus panggil aku supaya tgk tv...ya Allah...aku sgt2 terkejut sbb seorang ofismate aku baru je berlepas ke Jepun ari Khamis tu utk melancong bersama keluarganya...aku harap ofismate aku, Hafaz, Kak Tini & anak2 selamat di sane...aku antar msg pun xdibalas...rupe2nye esoknyer baru aku tahu talian telefon terputus...4.4 juta rmh di utara Jepun juga terputus bekalan elektrik....harap2 kami di sini akan mendengar berita baik dr mereka sekeluarga di sane...


Cerita pasal negara Jepun ni....ia adalah sebuah negara yg aku kagumi sbb negaranye sgt maju...yela...kalo kat Malaysia ni, kalo nk pakai kereta pun...selalunyer org cari made in Japan kan...bkn setakat kereta aje...ade mcm2 lagila...brg make up, handphone, home appliances...selipar pun...kite cari selipar Jepun...

Tun Dr. Mahathir pun pernah mengumumkan Dasar Pandang Ke Timur pd 8 Februari 1982..thn kelahiran aku tu..sebab ape Dasar Pandang ke Timur??? Sebab seperti yg kita tahu, negara Jepun dan Korea adalah merupakan dua buah negara yang begitu pesat membangun, di beberapa bidang, mereka adalah lebih maju dari beberapa negara Barat sendiri. Kejayaan kedua-dua negara ini boleh dijadikan contoh dan teladan kepada Malaysia dan seterusnya dipraktikkan bagi mencapai matlamat pembangunan negara dengan meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan sektor awam dan swasta.


So, aku harap kejadian yg berlaku di Jepun ini akan dijadikan tauladan yg baik kpd negara kita...Seperti yg kita maklum, bangunan-bangunan di Jepun telah dilengkapi dengan sistem anti gegaran untuk mengurangkan impact gegaran apabila bangunan itu bergoyang....tapi di Malaysia kita tdk menggunakan teknologi tersebut...bile tgk rakaman sedutan video di bwh...aku rase sgt2lah ngeri sekiranyer kejadian seumpama itu berlaku di Malaysia nk pulak di Kuala Lumpur yg penuh dgn bangunan tgi2 itu...tp mintak dijauhkan dari semua itu....kita mohon supaya Malaysia sentiasa aman sejahtera...


5 comments:

MR.ROMEO said...

kak z.. sy de baca artikel ttg hubungkait di antara tsunami jepun dn Al-Quran.. it is amazing kak z..

pe yg tercatat dlm Al-Quran psl tsunami itu mmg tepat malah turut tercatit tempat yg akan kena malapetaka 2, waktu dan hari peristiwa 2 akn berlaku..

seriusly kak z it is amazing.. klu kak z nk bace sila search kt google dgn tajuk " tsunami jepun di sebalik al-quran"..

zaida said...

iye ke sara???nk la bc...ni kat spital tgh tgu abg k...tgk2 xbw charger laptop lak....mlm kang nk tgk la... :)

MR.ROMEO said...

laa ea ke.. nape dgn abg k? hrp2 x de yg serius ea..

yes pls.. kak z.. klu kak z nk sy bleh emelkn artikel 2..

zaida said...

xde apela...abg k demam ckit...blh pm sy kat fb... :) i likeeee

MR.ROMEO said...

oh ok.. semoga abg k cepat sembuh ea..

kak z sy dh pm dh artikel 2..