Saturday, January 11, 2014

Projek mencari rumput free....haha



Rumput nak buat apa?? Bagi lembu makan ke? Tak kose la kan nak cari rumput semata-mata nak bagi lembu makan.  Cari rumput untuk sekeliling rumah yang togel tanahnya.  Dah tak daya aku nak menyental kaki lima rumah yang kotor gila disebabkan oleh tanah sekeliling rumah tu.  

Rumput cantik-cantik tak payah sebuk-sebuk nak beli sebab kat kebun abah aku banyak rumput yang berkualiti.  Sedangkan nursery bunga pun amek rumput kat situ pastu jual kat kedai depa.  Sekaki rumput sekarang jatuh RM8 sekaki weiii.. bukannya murah-murah.  Harga rumput mahal mengalahkan harga tiles sekaki.  

Abah kata tak payah nak tanam rumput karpet sebab rumput karpet ni cik cucing suka datang bertenggek pastu berrrraaaaakkkk….huhhhh tak suka tau! So, abah kata kita tanam je rumput jenis cow grass atau pearl grass yang sememangnya melambak-lambak kat kebun dia.  Suka suka suka….yang penting free.  Tapi proses amek rumput tu seksa gila kottt… sebab nak amek rumput tu sekeping, tak boleh pecah-pecah. Abah aku ni cerewet sikit, so, rumput yang nak diamek tu pun mestilah cantik tumbuh rapat-rapat…. Macam-macam lagilah spec yang abah cakap, sampai naik malas dibuatnya… dah memang dasar pemalas kannnn

Last-last kerja amek rumput ni memang abah yang buat, sebab abah aku ni memang seorang yang suka bab-bab tanam-menanam ni.  Pokok-pokok bunga kat rumah aku tu sume pun dia yang tanam.  Ehhh….mat bunga ke abah aku tu???? Tu la aktiviti pakcik zamli lepas waktu kerja.  Harap-harap cantiklah kawasan rumah aku pasni…itupun dengan hasil usaha pakcik zamli..i lap uuu abah….

Ni lah rumput yang kat kebun abah tu...cantik kan....

My abah a.k.a pakcik zamli...sedang mengorek rumput...nk korek tu bukan sebarang korek ye..kene pastikan rumput tu sekeping sekeping....

4 comments:

erin said...

kihkih..untunglah rumah boleh tanam rumput,aku rumah atas kayangan..

zaida said...

haha...alhamdullillah...kalo rumah atas kayangan ko kene tanam awan la eryn..

Zira Aziz said...

nak order ngn pakcik zamli la..nk tanam kat kwsn umah yg tinggal sekangkang kera ni :P

zaida said...

Boleh silakannn..tp caj mhl ckitla...haha