Sunday, December 18, 2011

makanan encik cucingggg...

sejak 2 menjak ni...ade pulak encik cucingggg dgn anak2nye yg baru lahir ddk bertenggek kat dpn rmh aku. mohd k kan peminat kucing, so, of course la dijemput kucing sekeluarga itu masuk ke laman rmh kitorang..tp sampai situ jela ye. kalo nk bwk masuk dlm rmh mintak maap...lgpun kaki kucing tu xberbasuh...dr luar pastu nk masuk dlm pulak dgn kaki yg kotor tu. sori ye encik cucinggg..aku cume kesian kat mereka2 itu sbb skrg kat kuantan ni musim hjn...kalo musim x hujan xpe kalo dibiarkan mereka2 itu kat luar pagar. oleh itu, mam bsr ni bgla keizinan kpd mohd k utk membawa mereka2 itu ke kwsn dlm pgr rumah kami.

uiii..punyela seronok katak mohd k ni...da dpt bela kucing pulak. tiap2 ari bwk blk mknn baru utk kucing2nye...siap ckp,"abg kena beli mknn dia bermacam2 jenis supaya derang xbosan mkn mknn yg same tiap2 ari..." aku jwb...."xpyh...derang tu kalo lapor, mkn je mknn same pun tiap2 ari...xyah nk membazir sgt. kucing tok tu ha...mkn nasi gaul ngan ikan je pun...sihat aje."

tp dlm diam2...dia beli jgk mknn 2-3 jenis & sorokkan dlm rak kasut kat luar rmh tu..tp xpela..aku saje je ckp cenggitu ayat gertak2 ckit..kalo xwarning camtu, mau ade spoloh jenis mknn kucing yg dibelinye...sbnrnye bela kucing ni, insyaAllah murah rezeki :)


inilah mknn yg mohd k kate,"mknn sihat dan kuat..." (sambil nyanyi versi milo)



da tinggal 2 ekor dr 4 ekor...bile mohd k panggil je miow-miow,terkedek2 berlari dr jauh walaupun derang tgh mkn kat rmh jiran sblh...lahapnyer...kat sume rmh org pun korang nk mkn kan...

Monday, December 12, 2011

khasiat kurma

aku bknlah penggemar buah kurma...tp aku tertarik dgn post oleh kwn aku yg ckp "mkn buah kurma ajwa supaya mengelakkan diri dr terkena sihir"...tibe2 terdetik pulak ati aku nak cari apakah sbnrnye khasiat buah kurma ni.sbnrnye khasiat buah kurma ni mmg tdk blh disangkal...sbb tu Nabi suka mkn buah kurma dan menjadikan makanan ini sbg satu amalan. aku nk carila buah kurma yg best2 ckit kt kedai nak mkn hari2...jdkan amalan sebagaimana aku mkn kismis tiap2 ari..td aku terbaca dr blog saudara shafiqolbu...baru aku tahu sebegitu byk khasiat kurma...ade antaranya aku xpernah dgr pun...

ape yg aku petik dr saudara shafiqolbu...

Buah kurma merupakan suatu makanan yang terbaik dan paling dikagumi. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam. Banyak lagi perkara yang tersembunyi di sebalik kelazatannya; Antaranya:

 Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.
 Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, nescaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui hujung pangkalnya kecuali oleh Allah.
 Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?
 Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
 Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
 Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?
 Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
 Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
 Tahukah anda bahawa kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf?
 Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
 Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
 Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
 Tahukah anda bahawa terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya?
 Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?
 Tahukah anda bahawa kurma mengandung protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna?
 Tahukah anda bahawa kurma mengandungi sejumlah vitamin, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya?
 Tahukah anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi?
 Percayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?
 Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik?
 Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?
 Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser?
 Tahukah anda bahawa kurma adalah penggekang nafsu makan?
 Tahukah anda bahawa jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah, razizi, dan rabi’ah?
 Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori?
 Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabi’ah Madinah?
Percayakah anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan?
 Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi ketegangan syaraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau?
 Percayakah anda bahawa kurma adalah makanan yang mudah dicerna dan tidak memberatkan tubuh?
 Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa?
 Percayakah anda bahawa kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi?
 Tahukah anda bahawa kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal?
 Tahukah anda bahawa kurma dapat membersihkan liver dari racun dan meredakan pergolakan saraf?
 Tahukah anda bahawa kurma basah mengandung kadar gula tinggi yang mudah dicerna dan diserap seperti glukosa?
 Tahukah anda bahawa kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran?
 Tahukah anda bahawa kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan?
 Tahukah anda bahawa kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandung banyak unsur mineral seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin?
 Tahukah anda bahawa kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2,1% protein, 18% lemak, 73% gula dan 3% serat?
 Percayakah anda bahawa kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging?
 Tahukah anda bahawa kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain?
 Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari?
 Percayakah anda bahawa kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi?
 Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir?
 Percayakah anda bahawa kurma menyuplai tubuh dengan panas dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf?
 Percayakah anda bahawa kurma dapat membantu menenangkan perasaan dan jiwa sehingga disarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran?
 Percayakah anda bahawa memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing?
 Percayakah anda bahawa kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun sahara kerana dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan?
 Percayakah anda bahawa kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang dihasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh?
 Percayakah anda bahawa di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas?
 Percayakah anda bahawa garam-garam alkali yang ada dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang diakibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas?
 Tahukah anda bahawa kurma tidak mengandung zat-zat yang dapat menghalangi penyerapan zat besi?
 Tahukah anda bahawa kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya pada anak-anak?
 Percayakah anda bahawa jenis zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan cepat sehingga dapat terus sampai ke darah dan sel-sel tubuh?
 Percayakah anda bahawa kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang disimpan?
 Percayakah anda bahawa kurma mengandung fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalam apricot, pir, stroberi, dan anggur, dan bahwa dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor?
copied from:
http://shafiqolbu.wordpress.com

searching for new perfume...


ujung2 thn mcm ni...dkt2 raya krismas ni untung la kalo perfume korang da abis. sbb bile time krismas mcm ni la byk sale utk perfume. sbnrnye harga perfume tu same je...cuma yg bezanya pakej yg ditawarkan..maybe dpt losyen lbh byk dr biasa...dpt free bag ke...atau dpt miniature lbh...

aku sbnrnye xsuka sgt perfume yg kuat baunye...soft2 gitu jadila. bkn nk bg org bau pun...cuma org kate, blhla wat2 cover bau peluh bile ari da ptg tu...tp ade timenye aku xblh nk pakai perfume. kepala berdenyut2 bile bau perfume...walaupun perfume tu perfume feveret aku...

aku ni xdela peminat setia perfume & aku ni pakai satu...sampai abis..then baru beli lain. xdela sampai nk buat koleksi dlm almari(duet xbrape nk byk, huhu)...tp kalo akak aku yg sulung tu...mmg pengumpul perfume..mase sklh dulu aku da biase jgk menumpang pakai koleksi perfume kepunyaannye. merase tompang2 je la..sbb nk beli sendiri mase sklh dulu manela nk mampu...

antara perfume kesukaan aku.........

Sunday, December 11, 2011

my special day...

ari ni genapla usia sy 29 thn....lg setahun da nk masuk 3 series da...mcm da xbest bunyinyer...da xde sweet 2+ lg...kalo 3+ org xckp sweet da. tp yg penting students selalu ckp..."eh...madam mcm umur 25 thn la..."(i likkkkeee u all walaupun korang hanya nk membodek). kalo student yg xkenal aku...derang mesti panggil aku "miss/cik" (suke jgk,haha)...sbnrnye sukar nk menerima kenyataan yg aku da agak berumur...haha..ingat mase umur 25-26 baru masuk keje dolu2...sume org kat opis aku panggil akak. tp skrg aku pulak yg org panggil akak...

bile nk masuk bln bufday ni...mcm2 bufday treat yg akan sampai ke rmh...antaranya:-


Diamond & Platinum bufday card + RM50 voucher (da bg member yg nk kawen thn dpn)..jd membership pun mase beli wedding ring dulu...



Voucher dr Sogo...yg sentiasa sale....xkire musim

Ade byk lg bufday treat yg lain2...tp tertinggal kat rmh mak...untung jgk jd membership utk ape2 produk yg kite selalu beli kan. sape xnak discount/brg yg dpt free kan... ;)

Saturday, December 10, 2011

aku terluppeeeerrr...

Ya Allah...punye la lame x memblogkan diri...aku blh x terlupe password....bkn shj password...aku nye account pun aku lupe...hampir setengah jam aku mencube (sambil membasuh kain kat dlm mesin) akhirnye aku berjaya mengingati nyer semula....aiyaakkk...

aku mmg perasan yg aku ni pelupe orgnye..mujur mase bljr dolu2 ingatan masih kuat. kalo x...payahla aku nk menghafal teori2 yg berbagai jenis tuh. tp gelabahnyer hanya tuhan yg tau...aku baru nk aktif blk memblog...huhu

sori la kwn2...sejak dua menjak ni aku bz la ckit...nk blog2 pun xsempat...blk rmh da penat. kt opis xde maknela pun nk blog2 neh. kat opis kami skrg ni...kami ni da jd mcm2..lecturer bkn setakat mengajar da...kalo blh...lecturer cum admin cum student's personal assistant cum mcm2 lagila......

blk rmh kul 4.30 sampai kul 5.00, aku da lintang pukang kat dapur utk memasak...aku ni masterchef utk mohd k...tiap2 ari pun kene masak (ade ke patut thn dpn dia suh aku msk masterchef, haha) pastu...siap masak kul 6.30..baru aku mandi dan mkn...pastu kul 8.00 mlm, mohd k ade kls chess pulak...so, aku ikut sbb tkt ddk rmh sorang2 sampai kul 10...pastu sampai rmh dkt kul 11.00mlm...pastu solat isyak n zzzzzzzzzzzz.....begitula rutin kami..so, agak sibuk kan...haha

sebut pasal masterchef ni...kdg2 pun aku xsempat nk tgk..so, tgk ulangan jela. anak2 buah aku yg umur 6 thn tu pun ternganga tgk masterchef kat tv...bdk2 kecik pun suke tgk rancangan tu..bagusla kan. tp yg xtahan bile ade request suruh msk mcm tu jugak tu..sedap nampaknye...huhu..

tu ajela omelan aku utk ari ni...mesin aku da berbunyi tande utk menyidai kain pulak. kan bagus ade mesin penyidai dan pelipat kain sekali ;)

Saturday, July 2, 2011

naik pangkatttttttt....yehhhuuu....

aku da naek pangkat??xde maknenyer...bln 8 ni baru cukup 4thn aku keje kat cni...sbr dulu ye. senior pun ramai yg xnaek lagi. skrg ni dgn sistem yg baru ni, xyahla kite sebok2 nk tgu tercongok sampai 10 thn utk naek pangkat...mmg xkan naek sbb sistem skrg, kalo ko rajin, ko naek pangkat. kalo ko mls, ddkla ko kat takuk tu jgk sampai pencen..da xde ikut sistem seniority. so, kalo baru keje 3 thn pun,nk apply naek pangkat pun org da xkesah...yg penting ko cukup syarat.

sbb ape aku sebok2 cite pasal naek pangkat ni???sbbnye kat ofis aku, officemate aku da jd mcm kelkatu da sume..korang tau kelkatu tu ape?huhu...serangga yg terbang sane cni tu....tu nk menunjukkan betapa busynye officemate aku nk menyiapkan kriteria2 nak naek pangkat ni. tp once da dpt, berbaloi2...tgk la mase aku nk apply nnti, derang pulak tgk aku mcm kelkatu....huhu.

aku ade la 1-2 bende yg da ade utk kriteria tu...so, simpan jela utk guna nnti. bykla mende yg kene buat...presentation, research, innovation, attend course & penerbitan (kalola keje penerbitan aku mase aku jd Peg. Penerbitan Parlimen diambil kira, da slmt da satu bhgn...haha) bknnyer sng nk sng kan....tp nk jd ssh, sgtla sng. so, aku pergunakan mase yg ade ni utk slow2 la prepare ape2 yg patut...

siang td, ade pegawai yg memberi ceramah utk kenaikan pangkat...katanya, siapa yg keje blm cecah 10 thn blh target jauh, dlm tempoh 15thn da boleh dpt DH52....aiyyaaakkk...kalo mcm tu pengiraannye mcm ni la gamaknyer:

Umur 31 thn = DH44
Umur 39 thn = DH48
Umur 42 thn = DH52

huhu...kalo pengiraan di atas blh jd kenyataan...alangkah indahnyer. da mcm skim PTD da...cpt naik. tp bkn sng kalo da naik pangkat nnti. tanggungjawab yg kita galas pun makin luas...makin berat...takut tau. aku penahla terpikir, tgu jela gaji aku naek tiap2 tahun tu, lame2 jd byk jgk...huhu...punyela mls aku ni kan. dan nk best lg, aku penah terpikir, kalola gaji mohd k lebih rm10k sebulan, aku nk mintak ckit bkk bisnes sendiri. xyah mkn gaji...huhu...tp skrg ni, mate aku terbukak luas ckit, rebut peluang yg ade, xgitu? so, kpd akak2 kat ofis yg nk apply thn ni, caiiiiyyyoookkk ye...gud luck for all :)

Saturday, June 25, 2011

present for mother's day & father's day

da lame nyer cite yg x sempat nk diceritakan sbb mgu lps aku sebok berkursus di Cherating...bosan korang tau x bile dpt surat kene pegi kursus..zaman bujang2 dolu2 sukela sbb leh berjalan2 sambil2 berkursus...skrg ni malas aje yg lebih dr rajinnyer. stlh bekerja dkt nk masuk 5 thn ni rase mcm hazaaabbbb je bile dpt surat panggilan kursus. lame lagi tu kene kursus...lagi 27 thn aku kene service dgn gomen neh. huhu...redha ajela

merujuk kpd tajuk di atas (mcm surat rasmi pulak)....pasal mother's day & father's day ni...xdela aku celebrate beria2 pun sbb ujung bln ni bufday mak aku pulak...bln satu lg tu bufday abah aku pulak. beli adiah ajela..sekali sekala kite celebrate ari2 penting mcm ni utk derang supaya derang happy. ngee....mari tgk ape yg diorang dpt...

adiah ni utk abah...aku bkn bg model yg tgh tido tu utk abah...aku bg bantal tu aje. memory pillow sbb abah selalu mengadu sakit leher. lagipun da lame rasenye abah pakai support pillow yg dibeli dr smartshop tu. oleh sbb tu, aku gantikan dgn bantal baru dr akemi pulak...memory pillow ni bknnye utk memory kite sbnrnye...name memory pillow ni sbb bantal tu yg ade memory mcm mane cara kite tido atas dia yg mane dia akan ikut lentuk bdn kite. best jgkla sbb aku ade try sblm bg kat abah... :)

yg ni pulak utk mak....telekung yg aku beli dr kawan aku yg baru blk dr Vietnam...mak aku mmg pengumpul telekung yg berjaya..huhu...telekung ni cantikla jgk sbb bunga ros tu timbul2 tp yg kitorang suka dgn telekung dr Vietnam ni sbb ianya amat selesa dan kainnye sgt sejuk berbanding dr Indonesia..ukuran pun lg labuh dr yg kat Malaysia & Indonesia tp dia punye ukuran muka tu ngam2 je ngan muka kite..so, xpayahla sebok2 nk btlkan telekung mase nk solat.itu pendapat aku...sejak dulu lg mmg aku pakai telekung dr Vietnam...xpayah pegi Vietnam...kat Malaysia pun kdg2 ade kedai yg jual telekung Vietnam ni... :)

yg ni pulak yg paling murah utk mohd k...hehe...sbb dia blm jd father lg kan. so, kecik je adiah utk dia. cokelat made by kaklong...okla tu, tanda aku ingat jgk kt dia kan...hehe...sbnrnye dia selalu dpt adiah sempoi je dr aku berbanding aku beli utk parents aku..tp dia oke je...bg kasih syg je pun da oke katenye...haha...

Saturday, June 18, 2011

sgt x bertamadun...

eiiiiii...geram sgt tgk ade lg org x bertamadun di zaman yg bertamadun ni....korang nk tau siapa yg xbertamadun tu?org yg buang sampah merata2 kat tgh jln. td mase aku on the way pegi chess centre mohd k, kt traffic light, ade la sebijik lori yg bsr gabak tu kat dpn kete aku. tibe2 dia bukak pintu, aku ingatkan dia nk meludah ke...dlm ati kesianla kalo dia xprasan kat tepi lori dia tu ade sebijik motor. kene pulak hakkktuiiiii pemandu lori tu. pastu aku tgk2..dia buang plastik purple (mcm plastik roti gamaknyer) dr lori dia. maybe tingkap lori dia rosak sbb tu dia kene bukak pintu & buang...x agak2 sbb ko punye lori tu dahle gedabak....sah2 la org kat blkg ko nampak ape yg ko buat...kalo plastik ala2 bsr kulit cekelet tu blhla lg nk buang..ini plastik bsr. mcm manela nk ubah pemikiran rakyat Malaysia ni. tgk negara jiran kita, Singapore, tersangatlah bersih. negara kita, kat tepi tong sampah, berlonggok2 sampah. bknnyer sampah tu berlonggok kat dalam tong sampah. mentaliti kita kenela ubah mengikut peredaran zaman. kalo tandas awam pun mcm tu jgk...ade yg bersih, bersihlah sgt sampai ko nk tido dlm tu pun blh. tp kalo ade yg kotor, xlalu nk masuk, rela i menahan. kdg2 tpt tu adalah tpt pelancongan. pelancong asing ramai dtg, tp wat malu je. itulah luahan geram aku pd hari ini...huhu...da lega da :)

Tuesday, June 14, 2011

ayam penyet...

Mgu lps mase sedang meneman kak laili (deskmate aku kat opis) bershopping kat parkson waktu lunch hour...tibe2 perut aku jd sebu...yela ko, mkn pg kul 9.00, nasi air aje pulak tu, mane dpt bertahan lame dlm perut. kepala aku da pusing da tgk org dok memilih baju. ditambah pulak dgn bunyi loceng," kling...klinngggg....happy hour...happy hourrrrrrr." lgila kepala aku bertambah pusing.

aku mlsla nk kacau kak laili tgh kusyuk membeli belah, tp sekali dia pusing kt aku," Ya Allah, kenape muke ko pucat niiiii," pastu aku ckpla....gastriiikkkk.....berdekah2 kene gelak ngan kak laili sbb dia tgk muke aku pucat gile akibat bershopping waktu lunch. xsempat2 rasenye nk carik tpt mkn hinggakan org yg tgh balut hadiah pinggan mangkuk yg aku ngan kak laili beli utk org kawen tu pun aku gesakan....cpt diikkkk...akak da nk pitam ni....

tgh skt2 tu pun sempat pilih2 tpt mkn..McD xmooo...kfc pun xmoooo....tibe2 nampak Ayam Penyet. terus aje tarik tgn kak laili msk cari tpt duduk...hullamaakkk aiii, punyela la lame nk dpt mknn ko. kebetulan kat dpn kedai Ayam Penyet tu ade hospital, aku ckp kat kak laili, kalo aku pengsan, tlg antor pegi hospital tu ye kak. lame giler sampai pedihla segala ulu ati, ulu perut...pastu aku tanye bebudak yg koje dkt c2 nape lbt bebenor... rupe2nye kedai tu first day bkk ari tu. patutla service lbt. hope lps ni okela ye...kalo lbt jgk, tu yg first, tu yg last akak mkn kat kedai ko ye dik..

oleh sbb kedai tu baru je bukak, aku pun sebokla amek gbr mknn yg kitorang order...taste....oklaa....nk kate xbest, best jgk. nk kate best, xla sgt. sblm ni aku selalu mkn ayam penyet ni kat KL je. so, xdela rase pelik sgt bile mkn mknn yg disediakan...direkomenkan kpd sesiapa yg xpernah mencube :)


sori guys...aku xingat ape bende name mende alah di atas...sumenye diblanje oleh kak laili..pasni adik blanje kakak tomyam secret recepi pulak eh ;p

kenape sy malas??

kenapela aku rase mls sgt nk bukak internet skrg...huhu...mungkin disebabkan oleh kelajuannya yg kadang2nya tu slow tahap cipan bile tgh aku semangat2 nak menaip. atau mungkin sbb kepala aku pn pening sbb agak byk keje di pjbt >>> MQA...CQI...5s..dan ntah hape2 lg nyer short-form berkenaan dgn keje aku. tp dlm kesibukan tu sempat la jugak nk ke parkson mase lunch hour utk jualan ekstrem mgu lps...huhu...mane blh lepaskan peluang....berdoyon2 aku mengangkut bantal...segala jenis bantal pun ade aku beli...mak bantal...bapak bantal...anak bantal...sume ade :) puas ati perut. bab2 tu rajin la ckit...tp bkn membeli mase ofis hour tau....waktu lunch je :P

tp td pikir sgt kot pasal mende alah CQI yg menyakitkan kepala aku tu...sampai aku rase pening tahap nk pitam. nk berdiri pun da rase semacam je. terus aku tipon mohd k,"rase nk pitam la..." pastu blh x dia jawab,"ye ke?da pitam ke blm...huhu". pastu aku pun ape lg.....ttuuttttttt...terus letak tipon, padan muka!sktnyer ati...tp mujurla pandai nk mintak maaf. dia ingat aku main2 je pd mulanye...sbb kat rmh aku selalu ckp mcm tu sbb nk suh picit kepala sbnrnyer.huhu....


comel je kan kalo aku tgh skt kepala mcm baby kat atas ni kan....haha....

pastu lps berfikir panjang, aku pun decide nk pegi KMC utk wat check up gastric aku...da lame xjumpe mr. doc sbnrnyer...aku ni kan takut jumpe doctor (stlh aku buat kajian, aku dpt tau kat dunia ni ramai manusia sespesis aku..ngeee...) ofismate aku linda, tlg hantarkan aku ke sane sbb aku nk drive pun nampak jln tu kabur2 aje...da sampai kt dpn KMC, aku ckp kat dia,"rase mcm da baek la...jomla kite blk..." "ko jgn nk mengada2, da sampai ni ko turun jumpe doctor,"linda menjerit...wakaka...menyesal pulak aku suh minah ni antor td. da jumpe doctor lebih kurang sejam...spt biase dia suggestkan mkn ubat utk mgu ni...kalo xbaekk, next week kene wat blood test...kalo xbaekk jugak aku kene wat endoscopic... >>>>uwaaaaa...tu yg paling tensen aku dgr. ingat pulak thn lps wat check up gastric kt SMC...berdoyon2 aku bwk kwn2 utk teman...sampai bilik ultrasound pun aku hangkut jgk kwn2 aku. wat malu je.... ari ni aku baek ckit sbb akak ipar aku kan senior acc kat KMC...so, dia temankan. xblh la hangkut kwn aku masuk sekali. malu :P


itula story mory siang td...mlm ni pulak dok melangut aku kt UMP ni sbb ikut mohd k train bebudak kat cni. besor jgk rupenye UMP ni...first time aku masuk cni..nk amek gbr tunjuk kat korang mlm2 ni aku tkt jugak...tkt gbr laen pulak yg tersnap sekali...huhu...nntila ye...aku pun survey2 jgk utk sambung bljr kat cni...mls nk pegi jauh2...tp bilakah???mlssssnyyeee nk kene bljr lagiiiiiiiiii......uwaaaaaa....

Monday, May 23, 2011

tupperware maniac!

ntah kenapala sejak menjadi suri ramah tangga ni makin suke pulak aku mengompol brg2 brand tupperware neh. tiap2 ari dok tenung katalog tupperware sampai mohd k ckp udah2 la tu...tembus kertas tu...huhu. patutla mak2 kite dolu2 suke beli tupperware la...corningware la....arcopal la....bile tgk mak kite beli byk2, dlm ati kate, ntah hape2 berhabis duet utk sume tu. membazir betul! tp bile diri sendiri da bergelar suri rmh..baru engko tahu. tp dr zaman bujang lg aku da start minat nk beli2 mcm ni. nak pulak baru2 keje ddk sendiri2, xduduk ngan mak..so, dgn automatiknyer minat kita akan ke arah brg2 rmh yg mcm tu. okla tu kan :p

sbnrnyer kalo korang nk tahu, satu stokis tupperware aje da blh buat sales hampir dkt rm1 juta utk sebulan...kalo kat satu negeri ade byk stokis......hmmm...korang darabkanlah. kalo ade 20 stokis kat malaysia ni, korang bayangkan rakyat malaysia berhabis dkt rm20 juta utk brg tupperware aje...hukhuk..aku jgk yg melabur dlm tuh...isk...isk..isk...membazir kan??

tp xjugak membazir sbbnyer brg2 tupperware tu lifetime guaranteed...kalo rosak leh tukar blk brg yg rosak tu. lgpun terjamin brg2nyer BPA free....(nk menyedapkan ati la tuh). mohd k da naek pening sbb almari dapur da xde tpt da nk letak brg byk2...huhu...


hasil bln ini....

Sunday, May 22, 2011

suamiku yg rajin bangat...

selalunye weekend utk aku ialah hari mengemas rumah. selalunye terpekik terlolong aku menyuruh mohd k tlg buang sampah ke....tlg kemas tempat tido ke.....tp ari ni peliknye bile dia bgn, mandi pastu terus gi amek vacum & vacum rumah....huhu....pelik pulak aku tgk. aku tanye, nape rajin sgt...dia ckp ntahhhhh. aku rase mood dia baek gile kot ari tu.

nk kate xtahan tgk rmh bersepah, aku rase rmh aku xdela bersepah sgt. bersepah ckit2 tu besela...tp xdela sampai meremang bulu roma kaki bile menjejakkan kaki ke dapur yg melekit2...aku pun xlalu jugak tgk rmh sepah2. mohd k bkn takat vacum rmh tau....siap amek wet tissues lagi lap2 lemari & brg2...pasu2 hiasan aku yg kocik2 tu sume dia basuh ngan sabun...kadang2 aku mengemas rmh pun xdela sampai ke tahap tu...haha...dulu dia xkesah sgt rmh sepah ckit2...skrg, mungkin da berjangkit ngan aku kot..serabut tgk rmh sepah sane cni...nak buat kerja laen pun rase xsudah...

kadang2 aku nyer cerewet pun aku rase melampau jgk...bile da vacum satu rmh, aku da angkat jari telunjuk aku sambil goyang2kan dan kate kat mohd k, "jgn buat sepah2 tau....penat saya vacum rmh. berpeluh ketiak mop lantai..." sampai satu tahap bile aku tgk dia makan kopok kat dpn rmh pun...aku siap pantau lagi takut serpihan kopok tu jatuh atas lantai. hehe...

vacum abg...jgn xvacum...
amboi...siap lap2 ngan wet tissue lagi...aku xsuwuh pun....huhu

disebabkan jarang2 berlakunyer fenomena yg cenggini...aku menggunakan reward & punishment kat mohd k...disebabkan kali ni dia rajin bangat tlg aku kemas rmh sambil aku ddk kat sofa memantau...aku bg reward kat dia iaitu mushroom fried rice sbg tanda terima kasih yg tidak terhingga kpd mohd k....hahaha

testing...testing...


encik danial anak buah aku yg kecik tu da pandai da skrg...da nak masuk 5 bln, aku da suh dia pegang botol susu sendiri. skrg ni, dia tgh sebok2 nk testing pegang2 brg nk ngaappppp masuk dlm mulut. kalo puting tercabut, sedaya upaya dia sumbat dlm mulut dia...cube tgk ni...


bukak mulut luas2 dulu...nggaaaaaaaaaaaa...

yeay...da dpt gigit, tp bkn puting....plastik puting je caye dpt gigit...cubaan gagal

Friday, May 20, 2011

makan-makan....

yummmy.....suke kan bab makan ni. tp xde part pun naek disebabkan aku mkn byk...maintain aje. tu yg membuatkan aku tensen tu sbb cube nak naekkan berat badan skit...huhu...

pagi ahad ari tu, mohd k ade ckp kat aku nk blanja family aku & family dia mkn sbb dia jd champion utk chess tournament kat terengganu ari tu...saje la. kalo kite berkongsi kegembiraan, insyaAllah rezeki kite makin murah nnti..then, aku ckp dr kite bwk ramai2 kat restoran, baik kite masak2 aje kat rmh...leh lepak lame2 ckit ramai2. mohd k setuju & terus je kami ke giant utk membeli bahan2 masakan..ape yg aku masak ye??mestilah yg mudah dan ringkas...huhu...mee soto...lamb & chicken chop....desert, marinade apple...

dua jam aku dok tunggang langgang kat dapur..akhirnyer siapla masak...tp aku lupe pulak nk amek gbr mase ramai2 tgh makan tu...huhu....bile derang blk, barula teringat yg aku xamek gbr pun.nyanyookkk...maklumlah, ujung taun dpn da masuk 3 series...ade gbr ckit2 aku tgh menyediakan mknn adela aku amek.. :p


mee soto seperiuk besau & sblh tu tgh grg kentang utk lamb & chicken chop...sowi gbr xclear sgt...huhu

lamb tgu utk dimasukkan ke dlm microwave

ari rabu yg lps, mak aku pulak masak2 utk ofismate aku. mak aku ni mmg suke kenal ngan kwn2 aku...kwn2 aku pun ade nk jd anak angkat dia iaitu eyinnn...huhu...mesra uuu....xla ramai sgt yg aku ajak, cume 5 org aje...saje2 je mkn lunch kat rmh mak. dolu2 payah kalo nk ajak ofismate mkn2 kat rmh mak sbb jauh koooo...skrg takat sekangkang kera aje, anytime mak msk leh gi mkn sbb mak aku ni mmg suke masak2.. :p main menu pucuk ubi masak tempoyak & keladi masak asam tempoyak..sume pun base tempoyak...xkesahlah asalkan sedap + kenyang. siap mak tapau sikit sorang lg mase nk blk tu...tq makkkkk...




amek gbr atas meja aje sbb sume kwn2 aku tgh free hair...huhu

boiboiboy


korang tgk x boiboiboy?nape ntah aku suke benor tgk cite kartun ni...tgu same naik ngan anak2 buah aku. kalo korang xpenah tgk tu, lehla cube2 tgk...best....lebey kurang upin & ipin jgkla. thumbs up to kartun kat malaysia skrg yg da makin maju. jarang aku suke tgk kartun2 malaysia ni kecuali kampung boy & upin ipin...selalunyer cite feveret aku sin chan la...xtaula nape, kalo setiap ari sabtu tu, aku siap tgu lg..kalo blh xnak kuar time cite sin chan tuh.huhu.....

skrg ni da suke lak tgk kartun boiboiboy...alamatnyer, sabtu & ahad la aku dok ngadap tv kul 7.00...bile da habis cite kartun tu...baru sebok2 nk g solat maghrib. xbagus betul kan siarkan cite kartun time2 maghrib camtu, bkn setakat bdk yg dok sangkut dpn tv...mak bapak budak pun leh sangkut skali...

my new life insurance..

survey punye survey slps alkesah yg buruk berlaku ke atas diri aku disebabkan dek insurans pd 3 bln yg lps, akhirnyer aku membuat keputusan yg telus utk amek life insurance yg baru iaitu prudential takaful. rasenyer yg ni yg paling oke kot aku survey walopon rate dia agak tgi berbanding dgn yg laen. tp skrg ni aku pikir asalkan senang...kalo amek murah spoloh doploh henggit pun xgune kalo menyusahkan aku.

ari ni genap sebulan lbih, aku da dpt segala documentation & medic card dr egen insurans aku kak wirda :p kak wirda ni ofismate aku la yg suggestkan sbb setakat ni, service yg diberikan oke. hope ok la kali ni...hope xdela mslh2 yg menyusahkan kepala otak mcm dulu....


medic card nyer amat cumel...ade kartun lagi...huhu

cukup 3 da kad medik aku...bkn kad kredit ye...huhu

i'm back...xbz sgt da...

wendu nk update blog...tp aku mampu tgk je laptop dgn timetabler plus aje (sistem utk buat jadual). xblhla nk update blog...kalo aku update jugak...mungkin aku kene pelangkung dgn bos aku & jadual student utk sem dpn xsiap2. aku pun baru dlm unit jadual ni. so, pening2 lalat tgk sistem tu lbh dr paham..huhu...so, lehla rajin2 singgah kt blog aku pasni :)

p/s: nk letak gbr hampeh lak xleh import....nyampassssss....

Tuesday, May 10, 2011

alignment & balancing yg sgt penting!

mcm mane nk detect kereta yg tdk sedap dibawa lg dlm erti kata yg lain kereta kene servis utk allignment & balancing..sbnrnye aku xmahir pun bab2 servis-menyervis kereta ni. tp bile kereta tu xsedap dibawa lg, korang pandai2 sendirila ye..kalo drive laju ckit da rase tersenget2 ke tepi tu, pastu kalo laju lg akan rase bergegar2 tu...tu maksudnyer kene jumpe yg pakar la tu. aku kan terpakse memecut pagi2 ari...bile time camtu rasela something wrong dgn kereta sendiri. sejak da tukar rim lain ni, service centre xkan buat allignment & balancing lg. aku kene antar kat luar la...baru aku sedar da dkt setahun xbuat alignment & balancing kereta rupenye. bahaya betul kan... sblm ni xamek tahu sbb bile antar service centre, sume akan dibuat oleh service advisor tp skrg sume kene catat sendirila...







tercongok menunggu kereta sedang dicek oleh yg pakar...bosannyer sorang2..

weekend yg lalu

sgtla sibuk dua tiga menjak ni sampai xlalu nk menaip post baru...dgn audit lg mgu ni..tp smlm bile tau je name utk di audit mgu ni, aku terus bedezuumm ngan akak ofismate aku ni pegi nagoya beli kain...hehe...




ari ni leh la update blog aku ari ni...huhu...ni cite weekend lps ni...kebetulan anak buah aku, aiman & firdaus (cousin) dtg tido rmh aku sbb bljr chess. weekend ni perkara biase utk suri rmh iaitu kene kemas rmh...aku keluarkan vacum, tgk2 aiman dok vacum rmh sampai menjejes air liur...particular mcm maksu dia jugak...setiap titik habuk divacumnyer...i likkkkeee...dtgla tido rmh maksu selalu ye....tgk gbr kt bwh mcm kene dera ngan aku lak anak buah aku ni..huhu








pas da siap kemas2 rmh..pegi rmh mak pulak sbb abah & mak pegi kedah...sblm pegi abah & mak da sebok2 pesan suh siram pokok bunga dia...takut blk2 nnti sumenye kuning...hehe...gamaknyer kalo siram pokok tengahari camni lgla tekujat pokok...leh demam pokok bapak aku...huhu...


aiman menyiram pokok sambil berposing..







Wednesday, May 4, 2011

rindunyer nk update blog...

ati aku ni membara2 nk update blog....aku simpan cite2 aku ni da berkepuk da dr mgu lps. rase geram je jari jemari aku yg tulus mulus ni nk menaip...tp apakan daya, kertas bdk melambak2 nk kene tande. kalo aku bkk laptop, mendatangkan bahaya...bahana....dan segala yg sewaktu dgnnyer sbb mesti sangkut lbh dr sejam nyer kt internet :(

terngiang2 kat telinge aku mcm korang sume ckp cer citer...cer citer...walopon sbnrnyer aku dok cite sorang2 pun kat entry aku ni, aku sonok jugak...haha...syok sendiri. ari isnin baru ni aku da siapkan segala mak nenek marking...key in markah...update data...so, mgu ni blhla aku bersenang lenang...lebey kurang mcm mkn gaji buta aje...hehe..cover blk sbb aku menande paper sampai ke mlm ari tau... :( tersengguk2 tau...

tp mlm ni da ngantuk...mood pun xde nk cite melebey2 sgt...rase nk piyap je bijik mate yg da mengantuk ni utk bertahan sejam dua lagi. tp aku da xlarat :-O so, tgula esok luse ye....aku pun da ckp separuh mengarut da ni..daaaaaaaaa

Thursday, April 28, 2011

lamb chop...

sempena tournament yg dianjurkan oleh mohd k minggu lps di chess centrenya...dia telah dpt tempat yg kedua...dia pun masuk jugak tournament tu walaupun anjurkan sendiri...huhu...xpe, arbiter import dr tpt lain. hadiah yg dia dpt kocik aje sbb big prize pd bln november nnti..
.

adiah pun kami yg pergi beli sbnrnyer...hehe...siap ckp lagi kat mohd k, dpt ni tau, sbb kat rmh kite xde lagi...xyah dpt nombor satu pun xpe..nnti leh wat lamb chop. haha....tgk2 dpt sungguh nombor dua. terpaksala aku menunaikan janji aku. mcmla xleh gune microwave yg ade kt rmh tu kan...haha..

pegila kami ke giant carik lamb shoulder sbb lembut ckit bhgn tu & pastikan yg halal ye..hehe insyaAllah kalo dr australia selalunye mmg halal.punyerla berkobar2 masak sauce dia..sauce ni kak amla punyer resipi (officemate lame) dlm byk2 sauce yg aku try yg ni paling oke...korang leh try ye...tp resipinyer pandai2 korang la sbb sume main secukup rase aje...

lps da perap daging tu kat dlm bahan perapan aku pun masukkan daging dalam oven yg baru tu. lps spoloh minit, aku intai, xde ape2 perubahan pun kat daging tersebut. last2nyer aku amek daging tu masukkan dlm microwave jugak. spoloh minit pastu da leh mkn...xpakai jugak oven yg baru tu...terhegeh2 ko nk tgu...lambat. yg penting konyang perut kami :)

minum dgn air lemon supaya blh menyingkirkan lemak yg tidak baik itew....

cara utk membuat sauce:

tumis bwg putih, lps da kekuningan masukkan sos lada hitam (aku suke yg brand life). pastu tu masukkan fresh milk dan tgu sampai gelegak. fresh milk tu aku suke letak byk, baru rase lemak2 ckit. pastu masukkan sedikit kicap, serbuk lada hitam & manchester sauce@ seasoning oil. then blh potong cendawan da masukkan ke dlmnye..pastu bancuhkan tepung gandum dlm 2 sudu...masukkan ke dlm bhn2 td dan kacau sampai pekat...tepung gandum blh ditambah atau dikurangkn ikut kepekatan yg anda nak... :) slmt mencube...

penin...penin....bengkak jari marking paper...



da lame jugak aku xupdate post baru sbb kesibukan telah melanda diriku di sini..kalo korang tgk aku selalu update gosip2 terhangat di pasaran tu maksudnyer aku xsebuk sgt la tu kat opis...skrg musim2 student tgh exam ni, sebukla jugak para tenaga pengajar nye kene marking paper. bkn sng nk marking paper tau...kene teliti. xboleh main timbang kati je.

dulu mase kecik2 sukela main cekgu cekgi, pantang kalo dgr cekgu suh tukar2 buku tlg tandekan buku kwn2. sonot bukan maen, sbb rase mcm jadi cekgu da...skrg tandela ko sampai muntah. nk habiskan satu kls pun sampai pening2..tgk pulak jwpn student mcm hape ntah, leh kene darah tgi aku! tp kalo student xbrape nk boleh jwb tu laju la kite marking ye kwn2....sbb sng...buat lambang ikan bilis aje kat paper derang. tp kalo slhnyer byk..xmenjawab soalan...bagi je ikan besar kat situ.

kan ke mcm ikan...huhu

Friday, April 22, 2011

first time jadik pengawas exam

da nak masuk 4 thn aku kerja, baru skrg aku kena jaga bebudak exam sbb sblm ni, mase kt PD aku adalah seorang penyelaras peperiksaan. so, aku xpayah jaga exam, aku cume duduk di unit exam menyelaraskan soalan2.

mengantuk rupenyer jage exam neh...bhn pembacaan xboleh bwk, nnti dok syok membace, bdk2 dok syok meniru kat blkg. tp aku tgk kt cni bagusla diorang punyer sistem, xlah kelam kabut sgt kitorang dibuatnyer..


ade gule-guli & air mineral dibekalkan utk kami yg menjaga exam oleh unit exam. baru xngantuk...


kertas soalan & jwpn diletakkan dlm beg ni supaya dpt memudahkan pensyarah bwk tanpa tercicir2...dulu xde beg, bwk aje pakai tgn sampai 3-4 bundle..sume brg2 keperluan pensyarah diletakkan dlm beg ni, jam, marker termasuk gula2 & air mineral :)

anak2ku....baby boy lagiii.....nk yg gegurl pulak

smlm cik wan, slh sorang geng 5 stooges mase kt PD dpt baby boy lagi. eboo lin da 2 org laki...kali ni mama mas pun dpt lelaki....gegurl da pupus ke?sape kah yg bakal memproduce baby gegurl pulak? adakah cik eyin???atau cik cha atau aku??hahaha....

mlm smlm cik wan mms gbr anak dia yg sgt gebu itu...ommei je...rase nk g PD je nk tgk baby.teringat zaman bujang2 kami. tahun 2007 pindah ke PD, mase tu sgt2 boring & kami sume xbiase pun pegi ke PD tu & tidak mengenali antara satu same lain. tp aku ni, bak kate mak aku, 5 minit je xde kwn, pas 5 minit tu leh ade lbh dr 2 kwn..haha...mujurla ade kwn2 yg menguatkan semangat aku. kalo x, mungkin da lame kot aku cabut..walaupun mase tu da dpt keje permanent. aku cengeng ckit..huhu...

dulu2, kalo boring2 weekend, nk beli kotak buku pun beli kt tesco, ampang...sanggup tu drive dr PD ngan kwn2. dr kul 8.00 pagi gerak ngan pojie & cik wan, konon nk g nilai...dr nilai g tesco, dr tesco g kampung baru mkn2...last2 sampai rmh dkt pukul 12.00 mlm. nk g mkn ABC pun aku & cik wan sanggup pegi s.alam. mcmla kat PD tu xde jual ABC....sebab-musababnyer kitorang boring sbrnnyer....

bykla suka-duka kami bersama.susah senang bersama. dulu kwn2 la yg byk tlg. keje kat ofis, pasang paip kat rmh, bagi aku makan, bwk aku g cek doktor kalo aku skt, sampai masuk bilik doktor tu pun sekali la (sbb aku kan tkt jumpe doktor, kene ade org teman) haha...

sedey2...sangat2 bersyukur mengenali kwn2 aku yg kat sane tu... dr 2007 sampai skrg, dr GSTT sampai da sah jawatan da...dr sume bujang & skrg sume da kawen da..(eyin coming soon :p ) skrg da nk masuk 4 thn kitorang bekerja dlm bidang ni..insyaAllah sampai pencen...hope persahabatan kami berkekalan buat selama2nya...


baby cik wan yg beshauuuu, nnti mommy z nk bwk gi gambang resort g renang2.... :)

Wednesday, April 20, 2011

utk danial hazieq


ni dia gbr terkini baby...rambut cam pacak2 je. ikut trend semasa btl. smlm, aku & mohd k da beli present utk baby...beli yg kecik2 dulu sbb pos kat mak & abah esok. ssh nk bwk jauh2...beli botol shushu je dulu ye...yg tomei2.

tgh dok survey2, mohd k ckp, "ooooo...botol ni ade expired date rupenyer." aku jwb dgn yakinnyer, "mestilah." yg sbnrnyer aku pun xtau...hahaha....yg aku tau...botol susu tupperware je ade lifetime warranty, maksudnyer leh pakai lame la kot. byk btl pilihan..ingatkan nk beli btl susu tupperware satu set....tp xde anti-colic pulak...utk baby new born bagus kalo botol ade anti-colic utk mengelakkan kene kembung...botol susu tupperware pun cumel (promote..sbb aku pun dealer tupperware)...

last2 aku beli yg ini....cumel jugak..

blue for baby boy.... :)



pelapik getah utk anti-colic...kalo ilang pelapik tu..xblh buat susu ye. kene beli btl lain sbb bks dia lubang2silk teat....mmg sgt lembut...1 2 3 X tu adalah utk flow susu nyer...