Saturday, December 21, 2013

Beli rumah dah siap atau bina atas tanah sendiri - Part 1

Dekat setahun aku menghilangkan diri dari dunia blog ni sebab ada kene mengena dengan tajuk ni lah. Agak busy sebab aku perlu settlekan banyak perkara dalam tempoh beberapa bulan.  Actually aku sekarang da dapat duduk kat rumah sendiri. Alhamdullillah...kata orang kecik2 pun asalkan rumah kita ye x? Da puas menyewa sana sini.  Umur pun da masuk 31 minggu lepas. So, target aku habis bayar loan rumah pada umur 50 tahun...insyaAllah la settle bayar time tu sebab loan aku buat pun untuk 20 tahun je.

Da lama aku pikir-pikir samada nak beli rumah dah siap atau bina sendiri.  Aku pernah kot cakap pasal ni sebelum ni.  Puas pergi survey sana sini tengok harga rumah mencanak-canak naik. Hoiii tak daya nak bayar bulan2 kalo da cecah 2 ribu lebih sebulan...habis aku ni nak makan ape kalo separuh gaji da bayar rumah aje?  Nak beli rumah demand pulak tu...tak padan dengan takde duit..kikiki...nak beli rumah semi-d bagai...taknak rumah tengah2...nak rumah ada kawasan tepi yang luas..nanti nak sambung ke...nak renovate ke kan senang.  Kalo yang camtu pulak aku kena bayar 3 ribu lebih la sebulan la gamaknya..Yela...takkan sampai tua aku nak duduk rumah kongsi dinding dengan jiran sebelah kan.  Kalo ada rezeki lebih dah tua2 nanti bolehla nak beli rumah lain.  Tapi kalo hutang yang satu tu pun ko baru habis bayar umur 50 tahun...takkan ko sanggup nak buat hutang lagi.  Kalo ko sanggup pun, belum tentu bank sanggup bagi ko buat loan ngan depa..haha...

Nanti aku kena buat entry ni part by part sebab banyak step kan buat rumah.  Rumah kecik je tapi step dia sama cam rumah 4-5 tingkat...haha. Xdela aku gurau je...Aku try la update entry ni sampai habis sebab masa aku nak buat rumah tu, payah betul nak cari blogger yang bercerita pasal bina rumah sendiri ni. Terjumpa 2-3 blog je...yang lain semua promote ANDA BERMINAT NAK UPAH KAMI??

Banyak benda yang aku and mohd k tapis sebelum buat rumah ni. Yang paling kami pikir kedudukan kewangan kami.  Itu yang paling penting untuk pikirkan adakah kita mampu nak bayar loan tu? Sebab loan ni lama kak jemah nak kene tanggung dik oii...Segala kira-kira telah dibuat, baru kami proceed ke next step.  Lepas tu pikir pulak, adakah anda sanggup untuk duduk di kawasan tersebut?Hahaha...yang ni paling panjang aku pikir sebab tanah tu memang sebelah je rumah mak abah aku. Kira sekarang aku kena duduk dekat kawasan orang tua2 la gitu...huhu...Tapi lepas kaji2 balik, ehhh da ramai rupenya budak2 kat kampung ni bina rumah sendiri jugak kat tanah mak bapak depa.  So, no hal la. Macamla selama ni aku duduk kat taman tu aku dok bersosial sangat ngan jiran2 sebelah tu...pegi kerja jumpa sekali, balik kerja jumpa sekali..lepas say haiii..gedegangggg tutup pintu.  Aku ni peramah hokeeyyyy tapi masing2 bila da balik kerja da penat...takdelah masa nak duduk2 kat dekat birai2 longkang buat mesyuarat tingkap.

Pastu da settle jawab semua soalan2 di atas...kami pun mula mencari kontraktor. Ehhh loan tak apply lagi time tu...haha...dah pegi cari kontraktor.  Gila konpiden loan ko lepas kan.... Sebab ape kami buat camtu???Sebab kami nak tahu berapa estimate cost untuk rumah dengan struktur tanah tu. So, kami pilih kontraktor yang boleh bagi harga yang paling ok dengan perkhidmatan yang paling superb. So, of course lah orang yang boleh bagi harga paling ok adalah kenalan2 kita...kira harga kawan kawan... Actually mohd k ada kawan dengan sorang kontraktor yang kekurangan modal.  So, mohd k pernah la orang kata apa tu...macam suntik modal eh??bukan suntik botox yerrr...haha...mohd k kira suntik modal kat company dia.  So, harga yang kami dapat pun lepas da tolak2 semua modal yang mohd k ada dekat situ.  Lepas tu ada lah beberapa kos yang kami terpaksa tanggung sendiri.  So, tak boleh la aku nak declare harga rumah tu kat sini sebab kena campur sana sini. Senang cakap semua duit dalam ASB aku tu kira habis lah. So, korang boleh bayangkan eh kalau buat rumah ni, bulu kaki je ko tak sempat nak gadai...kalau boleh gadai...da lama kena gadai...haha..itu kalo lakulah...kalo bulu kaki ko kerinting semacam je...sure 2 sen orang taknak beli.  Haipppp....merapu pulak....

Sekarang ni rumah dah siap...pagar & garaj tengah buat.  Pagar & garaj ni kontraktor lain pulak yang buat. So, harga pagar & garaj ni tak termasuk harga rumah. Walaupun rumah je da siap dan yang lain2 tu belum siap, kami tetap berpindah ke rumah ni. Bukan sebab excited nak duduk rumah baru...tapi sebab terpaksa. Ko mampu da potong loan rumah pastu ko masih terpaksa bayar sewa rumah?  Dah le selama 7 bulan kami terpaksa bayar loan rumah dan sewa rumah...uwaaaa...cukuplah untuk tempoh seksaan selama 7 bulan tersebut...kami dah tak sanggup lagi...

Oke...nanti aku sambung lagi. Stop dulu kat sini sebelum mohd k terlangkup lappy ni atas kepala aku...haha




2 comments:

erin said...

amboiihh garangnya abg k skrg..hahaha, weh lps abis update psl buat rumah, ko update psl deko pulak eh, sbb ko kreatif, mesti lawa umah ko

Amir renovation said...

Salam tuan/ puan.sy membuat kerja2 ubah suai rumah dan pejabat.seperti memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,bina atau sambung rumah,waterprofing,bina porch,grill dan owning,landskap dan kolam hiasan,vinyl floor dan wall paper,dan kerja2 lainnya. Terbuka untuk kawan bangi,kajang,serdang ,putrajaya,nilai,bukit mahkota,cheras,puchong,dan kl.hubungi sy amir 0192945175 atau wssp sy 01129110298