Sejak beberapa tahun ni, aku da imun dengan penyakit gastrik ni. Tapi kadang-kadang xtahan jugak. Aku pun pellik macam mana aku boleh dapat penyakit ni sedangkan masa belajar dulu aku sangat mewah bab2 makan ni. Walaupun dah dinner, supper mesti ada. Tapi aku perasan yang aku suka makan makanan yang pedas2 dan masam. Maybe dari situlah punca gastrik aku. Dulu bila dengar penyakit gastrik, mesti berkata dalam hati, elleh bukan penyakit kritikal pun. Tapi x kena maka x merasa. Bila da kena baru tahu langit tu tinggi ke rendah...Penyakit yang susah nak sembuh dan sangat mengganggu aktiviti harian aku.
Aku ada terbaca yang pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak
balas seperti tekanan dan tidak balas bahan kimia daripada ubat-ubatan, makanan dan jangkitan bakteria menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau
lebih dikenali sebagai gastrik. Kalau kita tak rawat akan menyebabkan ulser pulak. Cara untuk menyembuhkan ulser adalah melalui pembedahan. Ohh tidakkk...minta dijauhkan ye.
Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan
pepsin yang berfungsi untuk menghancur / menghazam bahan-bahan makanan.
Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak / menghazam ke
atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan
cara menghazamkan/mencerna permuakaan perut yang juga adalah daging.
Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan
perut dan mengakibatkan hakisan/kecederaan itu membesar dan akhirnya
menjadi ulser.
First time aku kena gastrik ni masa dekat UiTM Jengka. Muntah, pening dan ceri-beri sampai lembik dibuatnya. Second kena dekat UiTM Shah Alam. Macam tu jugakla muntah, pening dan ceri-beri. Third time kena masa pegi Cameron Highland dengan mohd K. Masa kena tu just pening2 and rasa semput2. Sampai je kat hotel memang x ke mana la kitorang sebab dek pening dan semput yang tak hilang2. Try cari klinik yang berdekatan hotel dan terjumpa sebuah klinik doktor melayu iaitu Klinik Ayob. Doktor tu kata takde apa2 ni..just angin. Dah dapat ubat angin dan pening aku pun balik semula ke hotel. Alhamdullillah, penyakit aku sembuh pastu.
Fourth time aku kena masa nak pegi ke Kolej Komuniti di Melaka. Kali ni memang sengsara...Kawan2 aku terpaksa kejarkan aku ke klinik yang berdekatan sebab aku semput sangat. Yang kali ni aku kena, memang tak hilang2 sampai sudah. Sampai sekarang penyakit tu xhilang2. Semua aktiviti aku da tersekat sebab dek penyakit ni. Aku dah tak boleh drive sorang2. Aku da tak boleh nak berjalan macam dulu2. Aku da tak boleh nak bershopping2 sorang2. Penah sampai satu tahap aku menangis sebab tertekan dan aku tak boleh terima aku terpaksa stop semua benda yang aku suka nak buat. Aku terpaksa batalkan tiket flight yang aku dah beli untuk vacation aku. Aku dah tak boleh nak pegi kat tempat yang serabut2. Bila pergi tempat ramai orang, sume jadi serba tak kena.
Tapi setiap penyakit ada ubatnya. Sampai ke hari ini, aku cuba cari cara untuk menyembuhkan penyakit aku. Pergi 2-3 specialist, kene scan, cek jantung, cek paru2 sume doktor kata hanya serangan angin gastrik. Bila da angin gastrik penuh di perut, angin tu akan ditolak ke dada. Ada orang kampung panggil angin medu. Pergi berurut pun da pernah buat. Dah 2-3 tahun ni aku berubat dengan cara Islam iaitu berjumpa dengan ustaz dan aku makan makanan2 sunnah. Bangun tidur pagi, aku minum madu yang dibancuh dengan air suam. tengahari aku akan ambil habbatussauda, petang aku akan amik B-Complex and malam aku akan ambil susu kambing.
Untuk pengetahuan korang, orang yang terkena penyakit gastrik ni tak boleh makan dalam kuantiti yang banyak. Kena makan kuantiti yang sikit2 tetapi kerap. Kalau makan banyak nanti sure lagi semput. Makanan seperti kismis dan kurma mesti ada dalam handbag. Kalau dulu sume jajan2 je yang aku bawak. Sebab apa kena bawak makanan?Sebabnya orang gastrik ni akan diserang lapar tak kira tempat dan tak kira masa. Sekarang ni kalau nak keluar ke bandar kuantan pun, kena keluar pukul 10
pagi masa orang tengah tak ramai tu. Kalau nak pegi tempat lain,
memang tak lah. Sakit ini menghantui aku di mana-mana sahaja. Yang paling parah aku ni adalah seorang pensyarah. Kalau aku semput, aku terpaksa tahan. Buat2 macam2 orang tak sakit. Sampai kadang2 orang tak tahu kita sakit pun sebab hidup mesti terus ceria. Jangan meratapi penyakit yang Allah bagi.
Penyakit ni macam dah ganggu emosi aku. Tapi bila da lama
kena, aku redha. Sebab aku tahu setiap ujian yang Allah bagi tu ada
hikmahnya. Allah hanya memberi ujian kepada hamba-hambaNya yang mampu
menghadapinya sahaja. Mungkin selama ni aku lalai menjalankan
tanggungjawab aku sebagai hambaNya. Allah tarik sedikit nikmat yang aku
ada sebab nak aku sedar. Mohd k memang dah faham sangat dan dah masak dengan penyakit aku ni. Dah berapa tahun dia tenang menghadapi masalah aku ni. Sungguh bersabar dan menjaga aku dengan baik sekali...TQ en. mohd k..Untuk korang yang ada pasangan yang mengalami masalah yang sama macam aku ni, aku harap korang tabah menghadapinya sebab sokongan pasangan sangat diperlukan oleh kami.
No comments:
Post a Comment