Wahhh....sambut bufday beramai-ramai kami tahun ni. Keluarga Che 8 tu adalah nama gelaran untuk tokki sebelah mak aku. Namanya Ahmad tapi taktau kenapa orang panggil Che 8 (Che Eight). Hahaha....nantilah aku tanya tokki aku macam mana dia dapat ilham untuk pakai nama tu. Actually, family sebelah mak aku ni aku lebih rapat sikit berbanding family sebelah abah aku. Maybe sebelah abah aku, aku tak ada atuk nenek semenjak kecik lagi...Al-fatihah untuk mereka.
Kebetulan adik-beradik aku semuanya lahir pada bulan December. Wedding anniversary parents aku pun pada bulan December. Sepupu-sepapat aku pun ramai lahir pada bulan December. So, why not kita sambut sama-sama dan kebetulan angah aku yang duduk kat Kedah balik time tu.
Memang happening la bab makan-makan ni. Makanan boleh tahan banyak sampai tok aku asiklah bising membazir masak banyak-banyak sebab takut tak habis. Family kami ni boleh tahan bab makan-makan ni. Makan yang menggunung mesti habis punya. Hari tu kitorang buat BBQ ayam & lamb, jagung bakar, steamboat, nasi goreng, mee hoon goreng, sira labu, salad buah (makcik yang buat), dan untuk sape-sape yang memang tekak nak makan nasi, mak aku ada masak nasi putih berlaukkan sayur asam keladi...perrrrgghhh meleleh......
Seronok tau sekali sekala dapat berkumpul ramai-ramai camni. Kami ni rapat dah macam adik-beradik...dan bila lama xjumpa, makan-makan camni boleh mengeratkan kami semua semula. Mula2 kitorang terfikir nak makan dekat New Horizon Garden Restaurant je...tapi bila fikirkan nak berseronok bersantai-santai, kami pilihlah konsep ala-ala kampung aje...So, bagi korang jamu gambar makanan lah ye...
|
Mak & angah hidupkan api..aku memang tak pandai bab-bab ni... |
|
asyura & sira labu |
|
bahan-bahan steamboat |
|
Lamb & ayam yg aku dah perap (Rempah perapan yang aku buat kureng sikitla rasanya tapi still boleh makan) |
|
Mee & terung goreng untuk steamboat & jagung untuk dibakar |
|
Tukang bakar memang ramai...no worries.... |
|
Sayur asam keladi...yummy |
|
Yang coklat kat tepi sana tu chicken chop sauce yang aku buat...nanti aku bagi resepi okeh |
|
Rda (cousin) berposing ngan Cheese Leleh yang kaklong aku buat |
|
Salad buah oleh makcik |
1 comment:
..masih terasa kesedapannya..nyu..nyumm
Post a Comment