Susu kambing ni banyak kelebihannya. Meminum susu kambing ini adalah amalan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Tentu ada hikmah dan fadilat yang besar pada binatang ternakan kambing. Jadi tak salah jika kita cuba untuk menjadikan susu kambing sebagai minuman,tentunya kita mempraktikkan salah satu Sunnah Rasulallah SAW.
Susu kambing sangat kaya dengan protein, enzim, dan mengandungi faktor anti penuaan (wah...muda jelita lah lepas ni..ahaks) dan antibarah. Ia juga mengandungi antibodi untuk merawat penyakit GASTRIK (yang da beberapa tahun aku alami...) demam kuning, lelah, penyakit kulit, sakit jantung, ulser perut dan membantu pembentukan tulang dan gigi. Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada susu lembu. Owhhh selama ni, sah2 aku da minum susu lembu sebab nampak banyak piring percuma beli susu dumex kat rumah mak aku...Zaman dulu susu dumex jela yang ada kan. Bukan macam sekarang, macam2 brand susu ada kat pasaran.
Kalau korang nak tahu lagi perihal khasiat susu kambing ni bolehla search kat internet. Memang sangat banyak info pasal susu kambing sebab orang ramai dah sedar tentang kebaikannya. Kenapa aku pilih Goat Milk Purenat ni??Aku pernah search pasal sakit gastrik ni, and ada la sorang mamat ni kene gastrik yang kritikal macam aku. Gastrik kami memang sama iaitu bukan sakit sangat di perut tapi kami kene semput akibat serangan angin. So, dia pergi ke sebuah kedai tabib cina, and tabib tu suggest suruh minum susu kambing brand Purenat ni. Tapi aku rasa apa2 brand pun ok asalkan namanya susu kambing. Kalo aku xsempat ke farmasi, aku beli je la susu kambing High Goat. oke je...perut aku tak demand sangat ponx. Kalo nak bancuh susu kambing ni, korang tak boleh guna air panas tau. Kene pakai air suam2 kuku gitu and korang kacau la sampai susu tu sebati dalam air. Kalo nak senang lagi...korang shake lah air tu dalam botol shaker..sure sebati semua.hihihi...
okela....tu saje cerita untuk malam ni. masa untuk membancuh susu...embeeeekkkk......
1 comment:
Susu kambing memang lebih baik daripada susu lembu. Kanak2 yang ada eczema or astma elok lagi minum susu kambing drp. susu lembu. Utk kanak2 bwh 1 thn susu ibu yang terbaik
Post a Comment