Monday, January 13, 2014

Projek menghias bilik pengantin



Wahhhhh…dah tukar profesion ke? Da jadi mak andam pulak ke? Hahaha…tak kose makkk….Aku ni kalo masa belajar kat UiTM dulu nasibla sape yang sebilik ngan aku. Bukan setakat yang duduk sebilik, yang duduk depan bilik pun kene jugak.  Aku suka main tonyoh-tonyoh mekap kat muka kawan-kawan.  I likeeeee…. Sapa yang kena nasibla…terpaksa layan aku yang 3 suku ni. Tapi aku mekap betul-betullah, bukannya buat pedajal kat kawan-kawan.

Sekarang ni bukan nak cerita pasal mekap. Aku nak cerita pasal hias bilik pengantin.  Buat menda-menda camni pun aku suka.  Masa aku kawen dulu pun bilik pengantin buat sendiri.  Buat dengan kaklong aku.  Panjat sana sini semata-mata nak cantiklah konon…tapi tak la cantik mana pun kesudahannya… yang penting hati aku puas.








Tula gambar bilik aku. Tapi tak berapa clear sebab time tu just snap pakai kamera phone nokia E71 yang tercanggih di abad itu….sekarang dah jadi tukun kuikuikui…  Buat sebulan sebelum kawen dengan alasan malas nak gosok kain-kain tu semua. Bila kita sangkut semua tu awal-awal, so dengan secara automatiknya memang sume akan lurus cantik.. tak payah aku buang tenaga nak gosok kain tu berjam-jam… kan aku kata dah dasar pemalas hahaha… 

Baru-baru ni adik sepupu aku, Nani pulak yang kawen.  Kali ni kita serang balas la kan.  Masa aku kawen kesian aku tengok Nani sebab da macam bibik..hahaha…tak terurus sebab sebuk menguruskan majlis aku.  Kene dera kau ye Nani…nasiblaahhhh….Kali ni aku pulak la tolong ape yang patut. Tapi takdela rupa aku bertukar jadi bibik.  Apa yang boleh aku tolong, aku tolong la sikit-sikit.  Contohnya buat bilik pengantin. 

Dia kata nak yang simple, so barang-barang yang ada kat rumah tu aku angkutlah sikit-sikit.  Kebetulan memang dia tak prepare kain tirai belakang katil tu, yang ada time tu cermin ikea jek. Pastu tampal punya tampal jadila seperti yang dalam gambar tu. Pastu baring atas lantai bilik sebab kepenatan dengan Nani.  Masa baring tu cakap kat dia, eh….kalo kita bagi nampak cam glitter glitter kan cantik kot. Ke jadi cam kartun??? Pastu dia kata oke je kottt..terus je keluarkan manik-manik lebihan yang dia jahit kat baju nikah dia..so, jadila camni akhirnya atas hasil usaha kami....








Okla kot…simple n sweet…hahahaha tak boleh bla..puji hasil tangan sendiri. Oke byeee….

2 comments:

Zira Aziz said...

..pasni blh tempat utk 'makeup' bilik sy plak..hehehe

zaida said...

Bolehhhh...i likeeee