Thursday, May 1, 2014

cerita-cerita basi

Assalamualaikum sume..

Tajuk entry kali ni pasal cerita basi.  hahaha...banyak sangat cerita yang nak diceritakan sampai berkepuk-kepuk je dalam memori aku yang xberapa nak ingat sangat ni.  Dah lama x update blog gara-gara keje dekat pejabat yang sangat banyak. sekarang ni budak baru je habis final exam... free sekejap sementara tunggu turn mengajar for short semester.  Nanti ada masa betul-betul terluang, aku cerita banyak-banyak lagi okey..

Pasal rumah almost semuanya dah hampir settle. Pagar dah siap...motor autogate pun dah pasang. Tinggal concrete je lom letak lagi kat jalan tu...sekarang ni tayar kereta kami merah aje bila pergi kerja...hahaha....yela maklumlah....rumahku xde jalan lagi...lanyak tanah aje la dulu...

okela...nak amek gambar dari tabby...nanti aku sambung cerita lagi...adioooossss....

Friday, January 17, 2014

Bina rumah final - Part 4

wahhhh...cepatnya aku me'final'kan cerita pasal rumah aku ye...haha...tak larat da nak kasi habis. so, aku lajukan aja....tup tup aku terus cerita rumah aku da siap...biasa-biasa aje. ada perkara yang kecil-kecil kami terpaksa buat sendiri contohnya...

Nampak tak perbezaan batu ni sebelum kene cat clear dan selepas di cat?

Sian mohd k....kene cat rumah...huhu...

Buat paip kat luar rumah...senanglah nak cuci kereta nanti...rajin keeee???
Tapi kerja-kerja tu senang je untuk mohd k...dia memang suka buat kerja-kerja paip dan elektrik ni...tapi kalo ko bagi dia cangkul memang out lahhh..haha...maklumlah rumah mak dia mana ada tanah...tak biasa jumpa cangkul lah kalo camtu kan..kesian pulak..bukan main suka dia sekarang dapat tanah luas...mula-mula sukala..lepas duduk 3 bulan dah merana sebab kena mesin rumput..haha..



depan rumah

ni tingkap di ruang makan

dapur basah...kecik aje

ni ruang tamu...before


After letak sofa...ada aje mamat ni...sofa ni dia yang pilih...aku tak berkenan sangat..
kosong lagi ruang tamu aku ni...

Before...ni bilik perantin basi....wink wink

Bilik perantin basi..after


ehhhh ada lagi mamat ni....
 Rumah aku ni ada 4 bilik, 2 bilik air, 1 living hall, 1 family area, 1 wet kitchen, 1 dining hall...store rumah kami decide nak asingkan dari rumah..maksudnya letak kat luar rumah...parking kereta pun aku buat asing dari rumah...sekarang proses buat pagar rumah dan parking kereta...nanti aku update lagi ye...

Thursday, January 16, 2014

Bina rumah - Part 3





Nak kasi habis cepat entry pasal rumah ni...hahaha...lamanya sampai part by part...cam hebat sangat rumah ko...oke..kali ni nak update rumah dah separuh siap. Bila dah nampak rupa rumah, dah berdinding, dah ada tiang, kami mula rasa seronok untuk start cari barang-barang rumah. kasi layan je la semua gambar di bawah ni ye...nak terangkan lebih-lebih pun aku pun tak paham sangat...haha...
pandangan dari sebelah kiri


pandangan dari sebelah kanan

pandangan dari depan

kayu untuk bumbung da diletakkan



macam-macam dugaan yang kami lalui masa buat rumah ni. pelan terpaksa tukar last minute...jenis atap pun kami terpaksa tukar sebab kontraktor kami tak biasa pasang atap jenis zink atau Pro-deck ulroll step roofing ni...


Pro - Deck Ulroll step roofing adalah merupakan bumbung jenis lapisan besi tanpa PU (zink) yang direka khas dan dikilangkan  untuk menyerupai bumbung 'Spanish clay tiles'. Ia merupakan bumbung tiruan terbaik dalam mengantikan bumbung jenis lama (bumbung genting). Di antara kelebihan bumbung jenis ini adalah kebolehan sistem kalis cuaca yang baik selain dari rekaan yang efisyen dan terkini. Kami mula-mulanya decide nak pakai atap ni sebab sekarang banyak kes kecurian masuk ikut atap rumah. Nak pulak kalau kita pakai atap genting yang sekeping-sekeping tu.

tapi bila kontraktor kami pasang pun dah cukup menyakitkan mata dan hati kami...so, last minute kami terpaksa tambah kos untuk menukar jenis bumbung zink kepada genting. sebab tu la masa buat rumah ni banyak duit yang kita kena standby...takut terjadi kes-kes macam nilah... :-(

Kami pun dah mula mencari barang-barang yang diperlukan...excited gileeerr bab-bab mencari barang ni...tapi kene bajet betul-betullah kalau tak habislahhhh.... cornice syiling pun kami decide nak yang macam mana...so, try la cari kedai yang boleh offer harga yang terbaik..




aku kurangkan bab-bab ukir-ukiran kat rumah aku...aku nak look modern. taknak lah ukir-ukiran atas syiling sampai berpinar biji mata ditambah pulak dengan cat yang berwarna-warni kat cornice tu...tak mooo tak moooo....so, decide nak yang simple aje. sume ni aku beli kat Sing Hang Ma Plaster Manufacturing, Jalan Bukit Ubi, Kuantan.  Semua kos untuk cornice kami terpaksa tanggung sendiri sebab tak termasuk dalam perjanjian dengan kontraktor.

Pastu kos membeli paip pun kami tanggung sendiri jugak.. Kalau ikutkan sepatutnya kontraktor yang beli tapi kami takut kalau kontraktor beli yang jenis ntah ape-ape pastu kami terpaksa bukak sendiri pulak dan ganti dengan paip baru...so, kos sume ni pun agak banyak...bocor lagi poket kami...tapi takpelah...sekali seumur hidup...huhu

Ni baru untuk ruang dapur..untuk kedua-dua bilik air aku lupa nak snap gambar...huhu...


yang lain sambung di next entry ya....byeee......


Wednesday, January 15, 2014

Bina rumah untuk proses yang pertama dah bermula - Part 2

Aku kene recall balik semua cerita pasal rumah aku...maklumlah dah dekat setahun rumah ni siap baru hegeh-hegeh nak update story mory...actually rumah yang aku bina sekarang ni, aku amek tapak rumah lama parents aku. rumah lama kami tu bukannya tak elok, tapi bila dipikir-pikirkan kos renovation lagi tinggi dari aku buat rumah seketul yang baru...so, aku decide buang terus rumah lama kami tu...sedih jugaklah masa tengok orang runtuhkan rumah tu...sob...sob....



Ni lah rumah lama kitorang yang telah dirobohkan tu... :-(
 







tapak rumah yang bakal jadi rumah kami....masa ni rasa wahhh keciknya rumah aku....
Pelan rumah kami, aku yang buat sendiri...hahaha...jangan pandang aku sebelah mata tau...cita-cita aku dari kecik memang nak jadi arkitek..tapi hajat tak kesampaian katanya....pelan rumah simple je la sebab bajet kami ciput je. kerja pun baru nak masuk 6 tahun. nak rumah gempak-gempak tak dapatla...tapi mohd k cakap bersyukur dari orang yang takde rumah..duduk kat tepi jalan beralaskan kotak...syukurrrrrr alhamdullillah kepada Allah.

Banyaklah magazine yang aku refer nak buat rumah ni. kalo nak ditiru bulat-bulat kat dalam majalah tu...tak bolehla kan...tak sesuai ngan bajet yang kami ada. terpaksalah buat sesimple yang mungkin.  aku buat rumah aku banyak beranda. setiap pintu ada beranda....konon-konon nak ala-ala santai. pastu jenuh kooooo nak cuci lantai beranda setiap minggu...rumah aku ni aku buat banyak pintu..pintu sliding ada 4...pintu kayu ada 2...ehhhh banyak ke 6? banyaklah jugak untuk rumah aku yang kecik ni...kebesaran rumah 1800 kaki je...nak dekat-dekat pencen nanti aku renovatelah lagi bagi besau sikit lagi yek....haha....sekarang ni aku pun bukannya yang jenis rajin sangat nak ngemas-ngemas rumah...nak tunggu weekend je yang boleh mengemas...kalo hari bekerja jangan haraplah nak ngemas beriya-iya...itu alasan kedua sebab apa aku buat rumah kecik....alasan yang pertama sah sah la aku tak cukup bajet...hahaha....kalau banyak duit takkan la suntuk suntuk je ruang rumah aku nehhh...

Monday, January 13, 2014

Projek menghias bilik pengantin



Wahhhhh…dah tukar profesion ke? Da jadi mak andam pulak ke? Hahaha…tak kose makkk….Aku ni kalo masa belajar kat UiTM dulu nasibla sape yang sebilik ngan aku. Bukan setakat yang duduk sebilik, yang duduk depan bilik pun kene jugak.  Aku suka main tonyoh-tonyoh mekap kat muka kawan-kawan.  I likeeeee…. Sapa yang kena nasibla…terpaksa layan aku yang 3 suku ni. Tapi aku mekap betul-betullah, bukannya buat pedajal kat kawan-kawan.

Sekarang ni bukan nak cerita pasal mekap. Aku nak cerita pasal hias bilik pengantin.  Buat menda-menda camni pun aku suka.  Masa aku kawen dulu pun bilik pengantin buat sendiri.  Buat dengan kaklong aku.  Panjat sana sini semata-mata nak cantiklah konon…tapi tak la cantik mana pun kesudahannya… yang penting hati aku puas.








Tula gambar bilik aku. Tapi tak berapa clear sebab time tu just snap pakai kamera phone nokia E71 yang tercanggih di abad itu….sekarang dah jadi tukun kuikuikui…  Buat sebulan sebelum kawen dengan alasan malas nak gosok kain-kain tu semua. Bila kita sangkut semua tu awal-awal, so dengan secara automatiknya memang sume akan lurus cantik.. tak payah aku buang tenaga nak gosok kain tu berjam-jam… kan aku kata dah dasar pemalas hahaha… 

Baru-baru ni adik sepupu aku, Nani pulak yang kawen.  Kali ni kita serang balas la kan.  Masa aku kawen kesian aku tengok Nani sebab da macam bibik..hahaha…tak terurus sebab sebuk menguruskan majlis aku.  Kene dera kau ye Nani…nasiblaahhhh….Kali ni aku pulak la tolong ape yang patut. Tapi takdela rupa aku bertukar jadi bibik.  Apa yang boleh aku tolong, aku tolong la sikit-sikit.  Contohnya buat bilik pengantin. 

Dia kata nak yang simple, so barang-barang yang ada kat rumah tu aku angkutlah sikit-sikit.  Kebetulan memang dia tak prepare kain tirai belakang katil tu, yang ada time tu cermin ikea jek. Pastu tampal punya tampal jadila seperti yang dalam gambar tu. Pastu baring atas lantai bilik sebab kepenatan dengan Nani.  Masa baring tu cakap kat dia, eh….kalo kita bagi nampak cam glitter glitter kan cantik kot. Ke jadi cam kartun??? Pastu dia kata oke je kottt..terus je keluarkan manik-manik lebihan yang dia jahit kat baju nikah dia..so, jadila camni akhirnya atas hasil usaha kami....








Okla kot…simple n sweet…hahahaha tak boleh bla..puji hasil tangan sendiri. Oke byeee….

Saturday, January 11, 2014

Projek mencari rumput free....haha



Rumput nak buat apa?? Bagi lembu makan ke? Tak kose la kan nak cari rumput semata-mata nak bagi lembu makan.  Cari rumput untuk sekeliling rumah yang togel tanahnya.  Dah tak daya aku nak menyental kaki lima rumah yang kotor gila disebabkan oleh tanah sekeliling rumah tu.  

Rumput cantik-cantik tak payah sebuk-sebuk nak beli sebab kat kebun abah aku banyak rumput yang berkualiti.  Sedangkan nursery bunga pun amek rumput kat situ pastu jual kat kedai depa.  Sekaki rumput sekarang jatuh RM8 sekaki weiii.. bukannya murah-murah.  Harga rumput mahal mengalahkan harga tiles sekaki.  

Abah kata tak payah nak tanam rumput karpet sebab rumput karpet ni cik cucing suka datang bertenggek pastu berrrraaaaakkkk….huhhhh tak suka tau! So, abah kata kita tanam je rumput jenis cow grass atau pearl grass yang sememangnya melambak-lambak kat kebun dia.  Suka suka suka….yang penting free.  Tapi proses amek rumput tu seksa gila kottt… sebab nak amek rumput tu sekeping, tak boleh pecah-pecah. Abah aku ni cerewet sikit, so, rumput yang nak diamek tu pun mestilah cantik tumbuh rapat-rapat…. Macam-macam lagilah spec yang abah cakap, sampai naik malas dibuatnya… dah memang dasar pemalas kannnn

Last-last kerja amek rumput ni memang abah yang buat, sebab abah aku ni memang seorang yang suka bab-bab tanam-menanam ni.  Pokok-pokok bunga kat rumah aku tu sume pun dia yang tanam.  Ehhh….mat bunga ke abah aku tu???? Tu la aktiviti pakcik zamli lepas waktu kerja.  Harap-harap cantiklah kawasan rumah aku pasni…itupun dengan hasil usaha pakcik zamli..i lap uuu abah….

Ni lah rumput yang kat kebun abah tu...cantik kan....

My abah a.k.a pakcik zamli...sedang mengorek rumput...nk korek tu bukan sebarang korek ye..kene pastikan rumput tu sekeping sekeping....