Saturday, September 8, 2012

cik cucing baru tu da xde.....

baru sebok2 nak buat entry pasal cik cucing baru yg da xde tu. minggu lepas xsempat langsung nak update blog sebab banyak betul jemputan utk ke open house...hinggakan ada yang jemput dari pukul 9.00 pagi. pakej lengkap la untuk poket yang tengah kering ni menunggu gaji  pada hujung bulan ni....pakej makan pagi sampai ke makan malam. complete!

nak cerita pasal cik cucing baru kat rumah kami yang tersesat tu...nak dijadikan cerita selepas kisah mohd k ke veterinary petang tu...aku pun cubala memberikan susu yang telah dibeli tu ke dalam mulut cik cucing tersebut. tapi dia macam xnak je..aku kesian la pulak tengok walaupun aku ni bukan peminat kucing..cik cucing yang sedia ada kat luar rumah tu pun selalu aku boookkk booookkk kan dia. geram! tapi bila pikir2 balik, xbaiknya kalau aku buat macam tu (aku cubala nanti untuk sayangkan cik cucing tu ye....) sebab xjadi penyayang kat binatang sebab xpernah pun ada pet dari kecik dulu. sebab mak aku sah2 la xsuka nak bela2 biantang ni. tapi sebab mohd k suka, aku cubala nak bagi suka jugak.

petang tu aku try inject susu kat dalam mulut cik cucing kecik tu. sebab takut mati kelaparan. pastu aku pun dengan baik hati, amek selendang lama yang dah xdigunakan lagi untuk alas kotak cik cucing tu. selendang tu panjang ko....selendang ala belit2 gitu...aku pun seronokla tengok cik cucing tu dok tersondol2 kat selendang tu..dalam ati aku, dia sejuk kot..

alih2 bangun pagi tu aku xdengar pun bunyi cik cucing tu mengiau2...selalu memang akan bising pagi2. aku pun pegila jenguk cik cucing tu. tengok dalam kotak, eh....xde pun. mane dia pegi?????pastu rasa xsedap ati, aku nampak macam ada benda je bawah selendang tu. aku selak2 tengok cik cucing da terbelit dengan selendang tu. aku terus aje kejut mohd k dengan ketar2 tangan aku...mau xketar.... aku da rasa macam aku ni pembunuh da weiiiii. mohd k tengok cik cucing tu, sah da lemas....uwaaaaaaaaaaaaaaaa.... aku terus nangis meraung2 bukan sebab sedih dia mati...tapi aku rasa bersalah sangat sebab bagi selendang tu kat dia yg membuatkan dia terbelit....adoyai.

lepas dah berhenti menangis tu, aku call mak, cerita kat dia...pastu mak jawab, "yang korang bijak sangat tu napenye...laen kali potong la kain tu.bagi yang perca2 je wat alas dia." iskkkkk...bijak jugak mak aku ni walaupun memang anti ngan kucing...sabar jela...so, pasni memang aku n mohd k akan ingat sampai bila2...jangan la alas tempat tido kucing dengan selendang belit2 sebab mungkin kucing tu mencuba untuk memakai selendang tersebut....aiyooo...sori sangat cik cucing...saya xsengaja sangat2.. :( (rasa bersalah sampai ke hari ni)

gambar ni sehari sebelum cik cucing membelitkan diri dia...uwaaaaa....

tiap2 ari mohd k mandikan cik cucing tu...

No comments: