siapakah kanak2 yg bertuah itu...?kita semua la...dolu2..skrg da peringkat remaja da...uiiikksss dewasa la. saje je nak bercerita kat korang pasal kanak2 yang istimewa dan bertuah di muka bumi ni. baru2 ni kan sibuk naik gaji sikit utk kami org2 gomen. bila da naik gaji automatik zakat pendapatan haruslah ditambah ye kawan2...jangan lupe itu...tapi aku dan mohd k da decide xmo tambah zakat pendapatan tapi kami akan buat cara laen. di sini aku bercerita bukan niat untuk menunjuk2 ye...jangan salah faham..tetapi mungkin untuk mengajak korang semua mengingati orang yang lagi susah dari kita ni...ececehhh...macam penceramah bebas lak aku.
kebetulan kat area perumahan aku tu ade rumah anak yatim yang diusahakan secara persendirian. kesian sangat sebab aku tengok agak daif keadaan mereka. setiap hari aku balik kerja memang akan lalu kat depan rumah tu. selalu la nampak budak2 tu tengah berjemaah solat asar...dan kalau aku balik lambat ckit, akan nampak budak2 tu main2 kat depan rumah...
petang isnin tu aku ade la beli sedikit barang2 dan hantar ke rumah mereka. sampai je kat rumah tu, kebetulan ramai budak2 tengah main2 kat luar tu...sebokla panggil penjaga mereka..."umie...ade orang datangggggg". sangat riuh-rendah la kan...sambil2 aku tunggu umie mereka keluar, mohd k tergelak2 tengok keletah sorang dua budak yang tengah memicit2 beg plastik yang aku bawa tu sambil bercakap, "eeiiii...ape ni yeee". aku xperasan pun tangan budak tu tengah picit beg tu sebab sebok mengintai ke dalam rumah..rumah mereka agak sempit untuk penghuninye yang agak ramai..budak2 tu pun sangat comel dan sopan la jugak...huhu...
pastu bile da nak balik tu...terharu pulak aku bile diorang cakap terima kasih ye makcik secara beramai2...terpikir la aku betapa bertuahnye aku dengan mempunyai dua orang ibu bapa yang amat penyayang, makan minum aku xpernah pun sampai bercatu, hidup aku dari kecik pun boleh dikatakan agak senang..dan sekarang ni pun da mempunyai pendapatan sendiri yang tetap. tetapi alhamdullillah mohd k selalu ingatkan kalo kita ni senang macam mane pun, kita xtolong orang yang memerlukan, nanti Allah tarik balik rezeki kita sekelip mata je. kalau kita rase kita xcukup, diorang tu lagi la xcukup. on the way balik ke rumah termenitis jugakla air mata aku..sedih weiii...
masalah aku ni satu la...huhu...aku dari zaman sekolah2 lagi memang sangatla sedih kalau pegi ke rumah2 orang tua dan rumah anak yatim...dulu mak kawan aku ade jadi warden kat rumah anak yatim. bile nak balik ke quarters mak kawan aku tu, mesti kami menyinggah kejap kat bilik2 anak2 yatim tu...xpun kami jenguk je ikut tingkap. sangat comel...
aku tertarik dengan sorang kawan aku. dia mempunyai seorang anak dan boleh dikatakan pendapatan mereka suami isteri mencecah 5 angka la sebulan. dia tidak pernah menyombong dengan harta kekayaan dia dan aku suke tengok cara dia menyertai NGO2 buat lawatan dan bantuan ke rumah orang miskin dan ke rumah anak2 yatim. salah satu sebabnye, dia nak suruh anak dia belajar tentang kehidupan orang susah dan untuk suruh anak dia sentiasa beringat yang betapa susahnya nak dapatkan sesuatu benda untuk mereka yang amat2 susah. dan aku tengok alhamdullillah anak dia pun sentiasa je beringat. budak2 sekarang ni senang je nak dapat apa2 dari ibu bapa...nanti bila da jatuh susah xtahu pun nak handle diri sendiri lepas tu stress sebab xdapat ape yang mereka inginkan...
so..bak kate kawan aku tu...itu saham akhirat yang dia buat..untuk simpanan di sana nanti...kalau mampu kita buat, kalau xmampu xpayahla buat. tapi ade yang cakap bab2 tu xmampu, tapi bile membeli belah tu mampu aje sokmo...(huuiii...terasa pulak aku) aku kalau xde duit pun, nampak ape2 yang berkenan kat shopping mall terus je ade duit...hahaha...biasela orang pompuan kan...adiosssss
No comments:
Post a Comment